Wednesday, April 23, 2008

A h l a n b i k u m!!

SELAMAT DATANG PESERTA MAJLIS TADARUS AL QURAN PERINGKAT NEGERI SABAH.... 22 - 24 APRIL 2008
Tahun ni, giliran Kudat jadi tuan rumah....

Ahlan wa Sahlan kepada semua kontingen ke MTQ Peringkat Negeri Tahun 2008. Kali ini Kudat di bawah Gabungan Kota Marudu terpilih sebagai tuan rumah. Baba sekali lagi dilantik sebagai hakim syarahan agama & spontan. Syukran kepada Tn. Haji Hanafi sebagai ketua hakim, Ustz. Saharoom Hashim dan Ust. Zulkifli Nawawi yang sama-sama memikul amanah menghakimi acara ini...

Tahun ini juga, atas inisiatif PPG Kota Marudu, penyediaan venue semua acara diagih kepada beberapa sekolah dan dipertandingkan! Memang cantik habis! Rasanya inilah kali pertama idea ini diketengahkan. Tahniah kepada SRK St James, SRK St Peter dan SMK Kudat II yang merangkul anugerah venue terbaik!

Petang kelmarin, Uncle Febian datang mahu pinjam songkok baba. Katanya terlibat juga dengan Majlis Penutupan MTQ di SMK Abdul Rahim II esok. Baju sudah ada Feb? Sudah, saya pinjam dari cikgu Zamri! Tak sabar nak lihat Uncle Febian esok. Pasti segak!...

Uncle Febian : segak berbaju melayu johor! Terima kasih bantu kami jayakan MTQ!

Uncle Febian bersama pengacara majlis 'Dua Lan' - Ust. Azlan dan Ustz. Lansian... Gandingan yang mantap dalam dwibahasa- melayu dan arab!

Ust. Abdul Rahman Zainon (abang Man) selaku pengerusi Jemaah Hakim mengumumkan keputusan penuh pertandingan. Gabungan Kota Marudu mencatat sejarah apabila diumumkan Johan Keseluruhan...Hebat!

Persembahan Arabic Coral Speaking oleh pelajar KAA SMK Abdul Rahim... Wonderfulll!

JUMPA PADA MTQ TAHUN HADAPAN DI KENINGAU...INSYA ALLAH!

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.