Friday, April 18, 2008

HARI 1:Malam di Homestay

4 wajah kinabalu........

Seusai makan malam kami bersiap untuk pulang ke tempat penginapan. Malam masih awal.Baru jam 8.00 tetapi kebanyakan peserta dari Kota Marudu, Pitas dan Ranau sendiri baru saja tiba. Anak-anak dan Anwarul Islam entah menghilang ke mana. Kelihatan acik Anuar terkejar-kejar dengan Adib, sekejap panjat busut, sekejap sembunyi tepi kereta...pening nampaknya acik Anuar denga kerenah Adib yang tak tahu takut dan duduk diam.Abang Khayr!Umayr!Dhuha! Ya Rabbi! Tak penat ke? Boleh lagi main kejar-kejar? Dah lah gelap, kereta pun banyak...

Kita mau pergi mana ni baba? Pulang lah abang Khayr... Pulang? Tak nasyid lah abang Khayr ni? Orang lain? Balik hotel lah... ape lah abang Khayr ni... SUIS Lohan yang penuh sejarah (dibina sekitar pertengahan tahun1900 an sebagai al-Madrasah al-Islahiah Lohan... lama ni...)perlahan-lahan kami tinggalkan.Kerana tak biasa dengan sekitar daerah ini agak terkial-kial juga Baba mencari lokasi homestay. Setelah beberapa percubaan, adakalanya terbabas ke lorong lain akhirnya sampai juga ke homestay.

Homestay.Badan penat dan mengantuk.Abang Khayr tarik muka bila tak dibenarkan tidur dengan geng Anwarul Islam.Hemmmm! macamanalah budak-budak ni nak tidur? Lintang pukang dengan begnya, makanannya... Okey!Abang Izar di sofa, 3 orang atas katil besar, 2 orang atas single bed, 3 orang lagi di bawah ye! Mari acik hampar... 2 lapis selimut tebal dijadikan alas tidur, abang Khayr pergi minta selimut dengan Baba! Okey... jam 9 semua mesti tidur, esok nak nasyid ni... tidur lewat tak keluar suara nanti... ye!ye! Semua angguk-angguk. Ketika umi keluar semua tengah berebut-rebut nak tengok Tom-tom bak!

Entah bila terlelap.Tersedar tengah malam. Bilik sebelah terkunci rapat dari dalam dan hawa dingin aircond terasa sampai ke luar bilik.Sejuknya bilik budak-budak ni...

4 pagi.Terdengar suara bising-bising dari bilik sebelah. Awfa pun dah terbangun mahu susu dan tukar diapers.Terkejut baba bila lihat budak-budak tu dah siap mandi dan pakai baju nak solat subuh. Abang Khayr yang liat bangun awal tu pun dah ready jugak...

Subuh.Terdengar suara baba mengimamkan mereka solat subuh.Umi menjenguk. Bagusnya...

1 comment:

Anonymous said...

welcome and ahlan wasahlan Oswald! We wish you a happy blogging and nice sharing. Tq for your information about language.