Sunday, April 20, 2008

HARI 3:Meneroka alam strawberry...

Selepas bersarapan di Pekan Kundasang dan membeli beberapa jemis sayuran untuk di bawa pulang kami bergegas pulang untuk satu lagi agenda penting iaitu bereksplorasi di dalam taman dan kebun strawberry. Anak-anak lah yang paling teruja!(umi pun...) strawberry kan comel... kalau rasanya manis pasti lebih hebat!Seronok. Ungkapan terbaik untuk menceritakan tentang pengalaman seketika di kebun strawberry.Tamannya pun comel.Tanam bunga apa pun pasti menjadi kerana suhu dingin di sini. Tapi kalau bawa balik ke Kudat, sempoi je bunga tu dan tak dapat hidup lama.Tak sesuai dengan suhu dan cuaca.Dah cuba dah dulu...
Rasanya kami semua ni dah terkena aura strawberry, tengok tu... cun semacam jer Dhuha ni... umi pun....Comel kan?Kan?Kan?Kan?

Sekejap di atas kami turun ke bawah.Berkemas untuk pulang.... Senyap-senyap umi ke Cafe Strawberry Garden, beli Strawberry Milk Shake!Subhanallah!Sedapnya.... nak resepi? Nanti umi post dalam entri lain.... Insya Allah, kerana kesedapan Strawberry Milk Shake abang Khayr sanggup menggunakan saguhati kemenangan tempat ke-5 ( ayyooo!) pertandingan nasyid untuk membeli milk shake tu sekali lagi!Sedap...sedap...Dhuha n Umayr beli ole-ole key chain starwberry , kenang-kenangan lah konon...

No comments: