Setiap wajah Anwarul Islam ceria sebaik sahaja tamat persembahan.Janji dikota! Kesemuanya meluru ke kedai kecil makcik tua di luar pagar dewan Hadhari. Membeli habis-habisan! Tak ketinggalan abang Khayr, Umayr, Dhuha dan Ati memang dah jadi pengunjung tetap. Sampaikan Umayr dapat mainan percuma dari makcik kedai.Dah untung banyak sangat gamaknya. Sesiapa yang sezaman dengan umi dan baba mesti ingat sejenis belon yang ditiup dengan straw. Harganya di kedai makcik ni cuma 20 sen. Gara-gara Fahmi berjaya menghasilkan sebuah belon yang besar, dan belon itu pula terbang tinggi dan tinggi - Afiq cakap dah sampai atmosfera ni Ustaz! Semua menyerbu kedai makcik dan belon-belon tersebut SOLD OUT!!!
Menunggu majlis perasmian penutup, selepas jam 1.00 tengahari baru bermula. Kami mengambil keputusan untuk beransur pulang terlebih dahulu. Acik Anuar dan Ustazah Rubi mahu menunggu dulu, nak tahu keputusan dan selepas itu mahu mandi-manda air panas di Poring. Nabil dan Nazmi sudah merah mata kerana terpaksa pulang bersama ibu bapa mereka yang turut hadir.Paling seronok si Fahmi, Kamarul dan Afiq.Digesa, disuruh naik van pun tak berganjak , nak ikut acik Anuar juga...
Ini gara-gara berjanji... kalau menang ke Poring, kalau kalah dapat hadiah kobis, malam ni kita masak tomyam!Aiyaa... Baba kalau menang kita dapat apa baba? Kobis lah! (Memang betul pun, kerana umi sendiri yang nampak para ustazah menggubah sayur-sayuran untuk dijadikan hamper!) Kami berlawak sesama sendiri, nanti di Kudat kita gubah ikan kering jadi hamper! Ha!Ha!
KILIMU:Tepi gunung air terjun...

Selepas bersalam-salaman, kami meninggalkan perkarangan SUIS Lohan. Jam baru menunjukkan jam 11:00 pagi... Ke mana kita? Baba bertanya... terasa berat hati juga nak pulang terus ke Kudat.Alang-alang dah sampai ke sini... Baba!Kita pergi tempat strawberry! Dari kelmarin lagi Umayr menuntut nak pergi tengok strawberry.Kita pergi hotel yang dulu lah baba, yang sejuk tu... ingat lagi tak? Ingat...
Hmmm...ba kita singgah di Kilimu ba!Jom.......!!! Mahu saja baba ni...
Kampung Kilimu.Semenjak kelmarin lagi hati sudah terpanggil untuk meneroka apa yang ada di sebalik pintu gerbang kampung ini.Dari luar kelihatan sungai berkerikil mengalir jernih dan indah membahagi kampung itu kepada dua bahagian. Apa yang menarik di kiri kanan tebing itu di bina lanskap dan taman-taman kecil yang kelihatan sederhana tetapi menyejukkan pandangan. Tebingan sungai ditanami rumput dan bunga-bungaan!Lebih menghairankan tebing sungai Kilimu ini dipagari oleh kawat berduri!Agak kecewa juga kerana kami sangka adalah mudah untuk turun ke sungai dan meranduk air! Semakin tinggi kami mendaki. Rumah-rumah penduduk ada yang sederhana dan serba kekurangan, namun persekitarannya bersih, terjaga, berhias lanskap dan tersusun!
Tak berhenti-henti mulut umi memuji.Takjub dengan keindahan kampung Kilimu!Cakap apa kalau lihat benda cantik? SUBHANALLAH! Dhuha pun menyambung...subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illallah wallahu akbar! Bernasyid lah pulak...
Subhanallah baba! Inilah kampung tercantik yang pernah umi jumpa... Namun sayang... tiada satu pun papan tanda di rumah-rumah di situ memaparkan nama walau seorang muslim! Tidak hairan kerana di penghujung kampung itu ada sebuah gereja! Terdetik di hati betapa berjayanya para mubaligh ini mengeksploitasi dan mengaplikasikan segala nilai-nilai Islam di dalam masyarakat ini sehingga Islam itu terpamer dengan jelas sekali meskipun akidah tauhid itu tidak berbekas di hati penduduk kampung ini.
Kilimu... umi dan baba pun nyanyi satu lagu: tepi gunung air terjun, tempat orang bermain.. tempat tinggal tukang kebun dan anaknya rohani... sungguh cantik paras ani hidung mancung seludang, betis bagai bunting padi tak jemu ku memandang... tidur malam mimpi-mimpi ani datang ke rumah... tapi sayang ani pergi hati ani berubah... hu!hu!...
Lagu apa ni umi? Abang Khayr, Umayr dan Dhuha terpinga-pinga tak pandai ikut sebab mereka tak tahu lagu ni... hi!hi! Ini lagu umi dan baba masa kecik-kecik!
Kalaulah ini kampung kita anak-anak...alangkah...




No comments:
Post a Comment