Sabah Baru Homestay-begitulah nama banglo ini. Ada banyak bilik di sini. Acik Anuar dah tempah 4 bilik. Bilik acik anuar dan ustazah Rubi, bilik papa dan mama Nabil yang akan sampai petang nanti, bilik baba dan umi...dan bilik yang paling besar-geng Anwarul Islam! Abang Khayr melompat-lompat dapat duk sebilik ngan geng A.I... Pengalaman pertama!
Cikgu@Acik Anuar yang banyak menghabiskan RM, masa dan tenaga untuk Anwarul Islam
Tak sabar mahu masuk dewan untuk reheasal...
5.00 petang : semua bersiap nak ke SUIS Lohan yang terletak kira-kira 13km dari pekan Ranau. Alat-alat perkusi untuk rehearsal petang ini berdentum dentam di dalam bonet kereta kerana ruang telah kosong setelah beg pakaian dikeluarkan. Dalam perjalanan, mata umi melilau mencari dan memuji sungai-sungai yang mengalir jernih dan cantik! Baba, berenti!! cantiknya sungai tu!! Huh... kalu diturutkan kehendak umi tu, tak reheasal la kita petang ni... (ada satu sungai cantik namanya sungai Kilimu... dalam sasaran mau disinggahi nanti)
Bermula Adib, akhirnya Dhuha, Ati dan semua geng Anwarul Islam dapat ice cream!!
Di dewan serbaguna mukim Lohan (Dewan Hadhari... tapi tak sehadhari namanya), ajk2 program sedang menyusun kerusi. Kami minta izin untuk buat latihan terakhir. Cara masuk dan keluar, susunan penyanyi dan kedudukan percutionist ditentukan dengan betul. Tempoh persembahan diambil sekali lagi agar berada di dalam masa yang dibenarkan. Baba dan acik Anuar membahagikan peranan untuk esok sebagai penyusun stand mikrofon, angkat congga dan bonggo dan sebagainya. Setelah tiga kali persembahan, nampaknya Anwarul Islam dah bersedia untuk berentap esok! Semua nampak bersemangat kecuali si Nabil... Monyok je. Nape Bil? pening la ustat... Panas dahinya. Alamak, macamana ni kalu Nabil demam? Walau sekadar main tamborine, ketiadaan Nabil esok pasti mengurangkan seri dan tarikan Anwarul Islam... Pasti geng lain akan lemah semangat kalau Nabil tiada...
8.00 malam : Kami masih di perkarangan SUIS Lohan. Selesai solat jamak maghrib + isyak, van bawa makanan pun datang... Peserta-peserta dari gabungan lain turut datang untuk menikmati makan malam yang disediakan secara buffet. Abang Khayr dan Nazmi sibuk bermain dengan anak cicak yang ditangkap di masjid tadi. Umayr berkejaran dengan Udin. Fahmi dan Afiq dah lesap entah ke mana. Kamarul pula berbual dengan peserta perempuan sekolah lain... ish! baru tahun lima... dah ada 'sumandak'? Sepupu aku ba tu ustat, dari pitas tu! tersipu-sipu Kamarul menjawab. Umi sibuk melayan Dhuha dan Ati. Ustazah Rubiah bertungkus lumus menolong tuan rumah menyediakan pinggan gelas. Eh, mana Awfa??? Awfa tido. Umi tinggalkan dia , ada ustazah nak tolong pegang kat bilik guru...
Papa Nabil... ada sesuatu yang lucu berlaku!
Nabil? Diam di satu penjuru. Sesekali dia mengurut-urut kepalanya... Abe Nuar, camana ni? Nabil nak demam... Entah la ustat... tawakkal je lah! nanti kita beri dia panadol! (...bersambung)






No comments:
Post a Comment