Wednesday, April 23, 2008

ROSE CABIN

Masih ingat lagi cerita-cerita tentang perjalanan kami ke daerah Ranau dan Kundasang? Antara tempat penginapan yang kami suka ialah Rose Cabin, berkonsepkan resort, bajet dan selesa. Tetapi kami tak berpeluang menginap di sana kerana bilik famili saiz yang kami minta sedang di ubahsuai.Akhirnya kami bermalam di Strawberry Garden yang telah mencetuskan satu inspirasi untuk umi mengusahakan resort tanah tinggi yang berkonsep begitu...(p/s: sesiapa ada tanah di area lojing highland atau ada informasi berkenaan bisnes resort ini boleh lah kongsi-kongsikan idea... nak kongsi fulus pun apa salahnya...Insya Allah...)

Walau tak dapat menginap di Rose Cabin, namun antara agenda utama keesokan paginya ialah bereksplorasi di Rose Cabin - di nurseri dan kebun sayur... keseronokan menghirup udara pagi di kebun sayur... menghayati keindahan flora dan keasyikan mengadap gunung kinabalu dalam selimut pagi... pastinya panorama di sekitar puncak tertinggi di Asia Tenggara tidak akan sama dengan mana-mana bahagian lain di dunia!

Kerana kempunan tak dapat menginap di Rose Cabin juga... sempat umi abadikan beberapa foto ROSE CABIN ...


Rose Cabin mengadap gunung Kinabalu dan persekitarannya dihiasi dengan tanaman bunga rose yang pelbagai jenis dan warna...

No comments: