awfa tengok apa tu?Petang, Strawberry Garden. Semua dah bangun.Wajah semuanya ceria dan bertenaga. Cepat!Cepat! Kita nak pergi pekan Kundasang ni... balik nanti kita tengok strawberry! Yeaaaaa! Tiga-tiga melompat - lompat seronok. Mujur juga kita bermalam ba, kalau tak tentu anak-anak ni bad mood bila sampai rumah... anak-anak ke umi?Elehhhhhh... baba pun sama..... Cuma Awfa yang masih lena. Terkejut-kejut dan bulat matanya bila umi angkat bawa ke kereta.
Pekan Kundasang. Di sinilah tumpuan pelancong yang berkunjung ke sini.Gerai sayur.Macam-macam jenis sayur tanah tinggi ada di sini.Tapi awas! Harganya lebih kurang sama dengan harga di pasar sayur Kudat! Sekarang ni semua barang naik harga termasuklah sayur di Kundasang!
Oleh kerana sakit hati dengan harga sayur yang melampau-lampau mahalnya, sekeping gambar pun umi tak snap!Di gerai buah pun sama, mahal buahnya.Nak tergelak jugak tengok pakcik jepun beria-ia nak beli durian, RM 30 sebijik?!!! Ada sorang nenek jepun bagi Dhuha ngan Umayr buah mata kucing, Umayr cakap arigato, lepas tu nyanyi lagu ultraman dyna!He, he...
Dari gerai buah kami memanjat bukit.Ada gerai jual sayap ayam bakar bermadu. Dari situ kami ke restoran Intan beli nasi putih dan murtabak jawa. Hemmmm, cukup lah untuk makan malam ni....

Pemandangan rabung gunung kinabalu dari lokasi restoran Intan begitu menarik sekali. Sempat ler umi snap beberapa keping...
Pulang ke Strawberry Garden semua tak sabar-sabar memanjat bukit di hadapan bilik kami.Nak tengok STRAWBERRY!!! Sayangnya hari sudah semakin gelap...malam kami di Strawberry Garden bakal bermula.....
MAKAN MALAM KAMI...

Inilah juadah kami malam itu.
Sedap dan menyelerakan!
Sedap dan menyelerakan!
Biarpun ringkas.
Syukur.
Menu kami mengikut kami mengikut pusingan jam:
MALAM DI STRAWBERRY GARDEN...
Oleh kerana dah mandi petang tadi dan nak menjimatkan pakaian, semua tak perlu mandi, lagipun sejukkkkkkkk!!! Selepas solat jamak qasar maghrib dan isyak kami menghadap makan malam...yang serba ringkas!Abang Khayr, Umayr dan Dhuha mengeluarkan strawberry masing-masing yang dibeli di gerai sayur tadi... lawaknya!!!!!! Masam la umi! Kih...kih... tahu pun hangpa, apesal strawberry kat sini tak macam Jordan, manis kan baba!(sedapnya farawlah....... manis bersari!!!!!!) Bila awfa makan strawberry semua orang ketawa! Kelakar betul muka dia, masam tetapi tetap teruja hendak mencuba! Awfa!Awfa!
Lepas makan, duduk-duduk di katil tengok Planet Earth......
Nampaknya dah lali-lali semua....... baba pulak dari tadi lagi keluar, tak masuk-masuk, ke mana lah baba ni........
Sunyi sepi.Semua dah tidur. Tukk, tukk, bunyi ketukan....... laaaaaa baba ke mana? Pergi sembang-sembang dengan anil (tokey strawberry garden) Sempat lagi dia....

No comments:
Post a Comment