Bersemangat nampaknya Anwarul Islam. Selepas solat ada yang turun ke bawah menghirup udara pagi. Termasuklah Umayr dan Dhuha. Walhal ada anjing hitam lagi besar yang berlegar-legar sekitar homestay.Tapi herannya tak pula menyalak bila tengok budak-budak ni. Rilek je dog ni... selamba dek menengok orang!Umi turun ke bawah mengambil air.Kelihatan beberapa orang (yang cekap) menaiki unser acik Anuar ke Pekan Ranau.Mencari sarapan.Mana-mana yang tinggal (tertinggal) umi ajak sarapan ringkas dengan ayam goreng.Tepat jam 8 semua dah ready siapkan barang masing-masing. Itupun selepas dikerah beberapa kali. 8.30 kami semua check out dari homestay. Senang.Tak perlu datang lagi untuk ambil barang.
SUIS LOHAN , venue pertandingan: Ketika kami sampai acara bercerita baru saja bermula. Kamarul yang menyertai juga acara tilawah terkejar-kejar ke Masjid al-Kauthar tempat acara tilawah dan hafazan berlangsung. Tak apa Kamarul... sempat kamu habiskan tilawah, lepas tu baru nasyid... acik Anuar menenangkan Kamarul. Ustazah Rubi pun agak kalut kerana Kudat ditugaskan untuk menyelenggarakan acara bercerita.
Dewan Hadhari, kami memilih untuk berada di 'siring-siring' dewan memandangkan dewan yang agak penuh dan merimaskan. Awfa pun kelihatan gelisah dan tidak selesa. Cuaca di luar agak redup dan bersuhu dingin.Ke mana anak-anak? Ke mana lagi... semenjak kelmarin kedai kecil itulah yang dihurung!Sehari dua ni bermaharajalela mereka membeli jajan. Semua satu kepala. Mengunyah non stop!
Acik Anuar: Aaaa... kamu semua kalau nak makan ke, minum ke baik habiskan sekarang, sekejap lagi mahu tukar baju, giliran kamu sudah dekat ni!
Sebenarnya baba dan acik Anuar yang kecut perut sebab peserta dari Kota Belud adalah Johan Festival Nasyid peringkat Kebangsaan 2007! Habislah Anwarul Islam! Rupa-rupanya semua peserta dari 4 daerah pakai minus one! Cuma Kudat saja yang ketung ketang pakai alat-manual!
Bangga!Bila lihat Anwarul Islam di pentas.Segak juga.Cuma yang nak terketawa tu baju depa ni nak semacam jer dengan baju makcik readycare tukang cuci di hospital... ish!Biar betul....... Di pentas... kelihatan abang Khayr jeling-jeling baba masa intro pembukaan... laa... congga tersalah kedudukan, sebab tu bunyi pun cam lain jer... apa-apa pun Anwarul Islam berjaya menghabiskan persembahan.... cayo!cayo!
Namun tak tertanding lah dengan 4 kumpulan lagi.Tak sangka pulak hebat dan sengit pertandingan kali ini... siapa lah menang nanti??? Berdebar debar ni....
Dari kanan : Kamarul, Nazmi, Abang Khayr, Izar, Nabil, Fahmi, Afiq dan Udin





No comments:
Post a Comment