bye-bye sungai Kilimu..........13.oo t/hari : Mentari tegak di kepala.Terasa sayang pula mahu meninggalkan Kg. Kilimu... Terbayang tanah di Pupuh jika punyai sungai yang indah sebegini. Alangkah! Perjalanan masih panjang...Destinasi seterusnya? Pekan Ranau.Masing-masing sudah lembek, keletihan.Abang Khayr, Umayr, Dhuha dan Awfa tertidur kepenatan sepanjang perjalanan dari Kilimu ke Ranau. Baba memandu berpusing-pusing di Pekan Ranau mencari bank...Ketika berpusing-pusing itu baba menerima panggilan telefon dari acik Anuar meminta baba booking kan bilik di Rose Cabin.
Di pekan Ranau, baba mencari ATM. Satu-satunya bank di sini yang punyai meps -CIMB. Sebenarnya, perbelanjaan bulan ini agak kritikal. Datang ke sini pun terpaksa menyelongkar dahulu almari, mengumpul RM dan sen kecil yang sering bertaburan. Nah baba, try kad-kad umi ni... Maybank, Rakyat dan AgroBank. Keluar dari bank, baba senyum meleret! Umi, klim kursus umi dah dapat leee.... Belumpun tamat umi mengucap syukur, abang Khayr, Umayr dan Dhuha dah yeehaaa! Maknanya, tempoh percutian akan di tambah lagi! Jom baba, kita ke Rose Cabin! Umi belanjeee!Selepas mengambil duit, mahu cari port mengisi perut pula... memang kelaparan sebab pagi tadi hanya sempat mengutis ayam goreng saja! Kat mana nak makan ni? Kita cuba di Dynaz baba, dekat balai polis... mana umi tahu? Fahmi cakap, mereka selalu makan-makan di situ... aiyya! Terlepas lagi baba ni.... Alaa camane ni umi? Kita cari kat Kundasang lah ye! Sambil-sambil beli susu Awfa... iye lah... baba........
Akhirnya perancangan untuk pulang terus ke Kudat dibatalkan.Misi kali ini ialah ke Kundasang. Makan tengahari dan cari tempat menginap. Dah terbayang keseronokan di Rose Cabin... Umayr tak jemu-jemu menyebut strawberry!Strawberry!Strawberry!
Sesampai di Pekan Kundasang, kami singgah di sebuah restoran -Puncak Restoran..
Baba memesan 4 set mi basah.(Mee basah di Sabah ni maksudnya mi berkuah, meenya di goreng dulu dan kuah dibuat dari pekatan corn flour, letak sayur sawi dan lauk, dan di perisakan dengan minyak bijan...kat mana-mana pun memang inilah rupa mee basah depa!)
Dhuha moody.Tak puas tidur dan kepenatan!
sambil-sambil tunggu mee datang, main-main dengan Awfa... ooochakkkk!!! Bila mee datang, semua tak lengah-lengah lagi terus Bismillah, dan ngap ngap ngap!Sebelum pulang umi beli di kedai runcit bersebelahan restoran sedikit makanan bekal di hotel nanti. Ada biskut kelapa, apollo, minuman paket dan biskut bear!
MENCARI BILIK...
Tak sabar mahu check-in dan rehat! Tempat menginap pilihan kami :Rose Cabin . Dulu kami pernah menginap di sana ketika makan angin bersama Alang sefamili. Rate yang berpatutan, luas, ala-ala rumah kampung, di bahagian belakang ada kebun bunga dan sayur dan yang paling penting pemandangannya yang terus mengadap gah Kinabalu! Memang cantikkk...subhanallah!
Tentu seronok kalau dapat dua bilik...
Tentu seronok kalau dapat dua bilik...
...Namun...
Ayya... kita lambat maa. Sudah penuh! Bilik yang kita mahu tu kami sedang renovate maa! Yang ada family room RM168.00. Mahu? Alamak aunty, memang tiada ke? Kami mengharap... Aunty yang baik itu mencadangkan kami ke beberapa hotel yang lain. Frustnya... pencarian seterusnya di Fairy Garden.Kami bergegas ke sana, namun ianya tak menarik. Bilik yang sempit dan tiada lagi Kinabalu view. orang sudah penat... terasa juga terik matahari walaupun suhu dingin.SemuaMacamana ni? Kita balik Kudat je laaa...
Abang Khayr, Umayr dan Dhuha mencuka. Umi pun frust nampaknya. Tapi apa kata kita try tanya Strawberry Garden? Umi mencadang...
2.30 petang : Di Strawberry Garden...syukur,nasib menyebelahi kami. Ada satu bilik kosong yang baru sahaja tempahannya dibatalkan. Tuan punya hotel Mr. S berbangsa india, manakala isterinya Agnes orang dusun amat peramah. Dengan RM90.00 kami dibawa ke sebuah bilik yang agak besar, 2 katil single dan 1 double! Di belakang bilik, bertingkat-tingkat dan berbaris-baris pokok strawberi ditanam. Nampak buahnya kemerahan dari bawah! Tak sabar nak ke sana!
4 tahun dulu, kami pernah ke sini. Dan Umayr punyai nostalgia tersendiri dengan tempat ni... hehe. Cuba tengok dahi Umayr di bawah ni, masih ada lagi 'kenangan'nya !

Berehat sekejap.Umi mengerahkan semua orang mandi dan bersalin pakaian.Paling awal siap Awfa laa... bila dah minum susu , Awfa pun lena...... Abang Khayr, Umayr dan Dhuha masih bergurau-gurau lagi.....
Ya Allah!Penatnya....baba dah lena... hemmm!Sesaper nak tengok strawberry kena tidur!
penat bergayut di mata... Agaknya di SUIS Lohan, majlis penutupan sedang berlangsung... bagaimanalah keputusan pertandingan tu ya? Abang Khayr, Umayr, Dhuha dan Awfa sudah lena. Berehat. Zzzzz....... (...bersambung)








No comments:
Post a Comment