Saturday, July 5, 2008

CINTA itu...SEMANIS KARAZ......(2)

(sambungan bahagian 1)

Berjalan kaki ke souq Mafraq adalah satu kebiasaan bagi aku. Pasti ada sahaja pengalaman dan ibrah yang dapat dikutip sepanjang menyusuri lorong-lorong di pekan Mafraq ini. Pekan kecil, berdebu di musim soifi.Suhunya adakala menjangkau 40 darjah celcius. Anginnya keras, mencabar gagah, jadi tidak hairan jika di musim soifi aku memilih memakai long coat dan kasut mcdonald! Motifnya susuk tubuh tidak terdedah dan kaki pula selamat dari dikekah debu dan angin kering! Biar tidak cantik atau hilang lembut longlai seorang muslimah (kononnya) yang pasti aku juga harus keras sebagaimana kerasnya soifi ini...

Dulu aku juga berasa jelek dengan pasar dan manusia-manusianya di sini... hamis, berambut keras, berwajah kering, berpakaian selekeh... namun lama kelamaan aku insaf... mereka ini umat yang payah... bertarung dengan alam untuk mendapatkan sebuah nikmat yang bernama AIR! Bukan seperti kita yang tanah tumpah darah dibumi hutan hujan khatulistiwa...

Lama kelamaan cinta dan sayang pula yang bertunas pada nilai-nilai manusiawi, kasih sayang dan hormat mereka... justeru aku suka berkunjung ke pasar badwi yang becak, sesak dan berbau ini...(inilah kerinduan yang menjadi dendam kesumat beraja di hati hingga saat ini...)
Soifi manis... dengan titipan alam yang menjadi kegilaanku dan sesiapa yang tahu menghargai kesuburan ardhul anbiyaa' ini... ahhhh!!! Inab halawani... karaz (al-mansi???)... batthikh... duragh, mish-mish... patutlah dulu-dulu aku mendengar bumi yang aku pijak ini adalah syurga buah-buahan...

"kam bissunduq hai karaz ya ammu?" Membeli karaz tak cukup sekilo atau dua kilo... baik beli satu kotak... masih berbaloi kalau harganya JD 2 atau JD 3. Sudah terbayang karaz yang merah kehitaman ini aku mahu kongsi bersama siapa... dari karaz beralih ke inab pula... yang hijau rangup manis bersari tanpa biji baru JD1/2 atau 600 qirsh perkilo... lenguh sudah tangan menjinjing... mahu dikelek batthikh lagi yang sebesar perut ibu mengandung 9 bulan... Tuhan... berhabisan betul aku hari ini... jika dibandingkan malamnya aku seperti timun jeruk berendam airmata, siangnya aku gila-gila membeli buah di pasar... memujuk hati merawat rawan...

Terasa lenganku di tarik dari belakang... sepasang mata bundar menatap wajahku... biddik arabaya? Ooooh budak arabaya rupanya... tahu-tahu saja aku ni dah tak cukup tangan menjinjing barang... sebelum ini aku tak pernah menggunakan khidmat arabaya ini... biasanya kalau ke souq bersama Hamidah atau Kak Shela atau Line atau adik-adik akhawat, beramai-ramai... tetapi kali ini aku berseorangan. Sengaja. Hmmm...maasyi...aku menganguk bersetuju... melayang lagi JD aku ni... tak apalah niat sedekah sahaja.... Bagus juga... ada khidmat tolong bawa barang macam ni... aku berjalan di belakang membontoti arabaya yang disorong oleh budak arabaya tadi ke Subermarket Nassim. Dari sana aku boleh mendapatkan teksi untuk pulang ke Hayyu Dhubat.


*** *** *** ***
Menjelang zohor aku sampai ke mujamma' Abu Kamal. Waktu-waktu begini trafik agak sibuk dengan hamba-hamba Allah yang mahu berjemaah di masjid Abu Thoha. Agar tidak terserempak dengan mereka ini aku harus cepat-cepat memunggah barang keluar dari teksi. Mataku melilau sekitar mujamma' kalau-kalau ternampak kelibat si Saied. Tiada. Saat mampir ke pejabat mujamma' ada Abu Kamal di dalamnya. Fi Saied ya abu Kamal? Inndii aghradh kathiir... aku bertanya abu Kamal kalau-kalau ada Si Saied supaya dapat membantuku membawa barang ke atas. Seperti biasa... Saied!!!Ya Saied!!!!!!!! Bergema satu mujamma' dan serentak si Saied terkocoh-kocoh datang.
Si Saied tersengihsengih melihat barang-barang yang banyak. Lish kathiir? Fi waliimah...???. Alahai rajinnya si Masri ni bertanya.... aku ini sudah tersemput-semput mahu sampai ke tingkat tiga.Sudah tidak punya upaya lagi untuk menjawab soalan-soalannya.
Penat. Membeli belah di souq Mafraq. Baru saja aku membuka telekung tiba-tiba terdengar loceng ditekan orang. Siapa ye? Tak sabar menunggu agaknya pintu pula diketuk. Terdengar suara-suara yang cukup dikenali... Assalamualaikum acik!!! Sebaik pintu di buka berderet di depan pintu Amir, Kakak, Ada dan Ipang... Tersenyum mereka melihat aku.... kali ini semuanya kelihatan berbaju kemas, bersikat rapi dan berbedak putih....
**** **** **** ****
(bersambung...)

CINTA itu...SEMANIS KARAZ......(1)


Bahagian 1

Soifi kali ini berbeza. Meski mentari musim panas datang dengan ceria... tetapi saban pagi, tengahari, petang malah malam di sini beransur mengarak sejuta sunyi yang tak terungkap. Soifi yang sepi. Baru beberapa hari Hamidah pulang... sirna segala ceria... Rumah besar kami di Mujamma' Abu Kamal ini bisu tanpa suara. Walhal di sebelah rumah adik-adik akhawat yang sentiasa riuh rendah membolos dinding tawa ria mereka. Jua masih ada Kak Ayu yang setia menemani aku...
Kenapa aku nekad ye? Selepas Hamidah pulang aku tega sendirian mahu menghabiskan semester soifi kali ini . Bukannya ada madah lagipun cuma tinggal Masyru' Takharruj saja lagi. Tiada lagi kuliyyah, hanya menyiapkan kertas tesis itu sahaja. Sepatutnya ini semester terakhir dan Faslul Awwal nanti aku sudahpun menyiapkan masyru' dan berhasil pula untuk munaqashah...Insya Allah itu hadaf dan perjuangan singkat yang harus aku langsaikan... Minggu pertama ketiadaan Hamidah, Chikin setia datang meneman... terubat juga hati... dulu alasan mahu tinggal seorang kerana nak mudahkan Pakpih datang selalu berziarah dari Irbid... kononnya... hakikatnya bukanlah dekat Mafraq dan Irbid, pastinya Pakpih juga kalut dengan kuliyyah, kecuali pada Khamis dan Jumaat ... itu pun jika tiada program jemaah atau persatuan...

Hakikatnya... malam berteman airmata. Rupanya bukan sekadar Hamidah yang pergi tetapi membawa separuh dari diri ini. Nanar dan kucar!

*** *** *** ***
Sobahal warad! Pagi indah.... sepatutnya begitulah... menghirup pagi dari jendela rumah kami yang tinggi. Paling tinggi di mujamma' Abu Kamal ini. Panorama sekitar Hayyu Dhubat jelas di mata. Di depan rumah kelihatan Ummu Muhammad seperti hari-hari semalam terbongkok-bongkok membersihkan halamannya... makhabiz di sebelah pun kelihatan berasap-asap , itu tandanya roti sedang di bakar... Dari tadi perut berkeroncong mendesak diisi, lidah pun kecur tercium aroma roti segar dibakar... dari tadi lagi juga terpaksa bertahan, kerana di makhabiz itu ada beberapa orang syabab Malizi sedang menunggu roti mereka. Kurang selesa bukan?

Seusai bersiap-siap, aku meneruskan rutin seperti biasa. Hamidah tiada. Hidup sewajarnya diteruskan juga. Dari tingkat tiga itu terdengar riuh rendah suara Amir, Kakak , Ada dan Ipang... Inilah sahabat-sahabat kecil yang memeriahkan dunia sebatang kara ini. Sebaik melintasi pintu rumah mereka, tiba-tiba Ada terjengul di muka pintu... Sekilas melihat kelibat aku terus Ada bertanya... "Acik nok gi mmano?""Assalamualaikum Ada... tak mandi lagi?"Melihat rambut yang tak terurus dan masih lagi berbalut baju semalam, pastinya budak-budak ni belum mandi lagi...
" Umi ada tak?" " Umi takdok... abah pun takdok..." Tak ada... Tiba-tiba muncul Amir dan Kakak mendukung Adik Ro... "Umi dan Abah takdok gi Zarqa'... Che Ngah ada ni..." Panjang lebar Amir menjelaskan musykil di fikiran aku... " Acik nak pergi souq ni... jaga adik-adik ya Amir, Kakak... tengahari nanti acik belanja syawarma arabi..." "Yeaa....!!! Adik beradik itu beramai-ramai bersorak!!!

Di thobak paling bawah, rumah Ummu Hani. Dari dalam bingit sekali dengan suara bayi dan anak-anak kecil menangis. Kelihatan pintu terbuka dan Ummu Hani sedang kalut mendodoikan tiga orang bayi sekali gus... Assalamualaikum Ya Ummi... Ahlein ya benti.... Aku singgah berbasa basi... akhirnya aku teringatkan baby car seat yang kak Ina tinggalkan sebelum pulang ke Singapura... kesiankan Ummu Hani yang terpaksa meriba bayi-bayi jagaannya sekaligus aku berjanji mahu memberikan kerusi itu padanya... mudah-mudahan ringanlah kerja-kerjanya nanti...

Keluar dari mujamma' Abu Kamal itu aku berpapasan pula dengan si Saied... tersengih melihat aku, ringan mulutnya menegur...Salam yaa Ukhti... aku mengangguk-ngangguk saja... Lagipun berat juga aku melihat beban si Saied...di bahunya ada tong gas... tentunya akhawat yang memesan gas ni. Si Saied ni badan saja besar, tapi umur baru lagi belasan tahun... kesian... datang jauh-jauh dari Mesir, mencari rezqi di sini... dapat jadi budak suruhan Abu Kamal pun syukurlah... ada juga pekerjaan... dapat juga menolong kami, mengangkat barang yang berat-berat ke tingkat atas... Adalah perkara biasa bila tiba-tiba saja kami mendengar Abu Kamal menjerit dari bawah memanggil Saeid!!!! Yaa Saeid!!!

*** *** *** ***
(bersambung...)

Sunday, June 29, 2008

Awfa dan Bonggo

tum. tak ketak ketak ketum....
tak ketak ketak ketum....
dum...du dum du dum dum dum...dum
Ewah-ewah Awfa ni... Cepatnya dapat! Sekejap je abang Khayr ajar, Awfa dah dapat tangkap! Ok Faa... 3 , 4.... dung dak dak dung dak,
dung dak dak dung dung dak!!!

Friday, June 27, 2008

Aci Aci Buka Pintu



"dulu masa kecik-kecik umi takut tengok cerita ni... mesti menyorok bawah selimut... tapi sekarang tak ler... kelakar lah pulak... hi...hi...hi... umayr ngan dhuha suka lah ni... "

Wednesday, June 25, 2008

PANIC!!!


Panik 1.
Kelmarin... umi sambung balik driving school setelah tertangguh hampir 3 minggu! Baki cuma 3 jam saja lagi tapi umi kena rush!rush! Sebab L umi dah nak expired! Satu jam hanya belajar naik bukit! Cikgu driving geleng kepala sebab umi sudah lupa banyak perkara! Dah ler tu...Khamis(27/06) umi kena gi pre test di Kota Marudu! Berbaki hampir 15 minit cikgu driving tinggalkan umi untuk parking... ayyoo... yoo...lupa sudah macamana mahu parking...panik! panik! Boleh ker umi lulus QTI nanti?

Panik 2.
Ketika tengah terkial--kial tu cikgu driving datang dan beritahu sesi hari ni kena stop dulu... dia mahu pergi isi minyak... kerana besok stesen minyak seluruh sabah akan mogok seminggu!!! Betul pun... di seberang jalan kereta sudah berbaris panjang untuk isi minyak di pam petronas!

Dipendekkan cerita, bila baba datang ambil umi... kami pun turut berbaris sama...jarak kereta dengan stesen pam hanya beberapa ela sahaja... tetapi menunggu dah hampir sejam ni... mujur juga di tepi esplanade... tak ler boring boleh tengok pemandangan teluk dan kampung di seberang sana... bila matikan enjin pun ada angin dari laut...

Tiba-tiba bunyi suara dari pembesar suara memujuk supaya tak perlu beratur dan semua ini hanya khabar angin... KPDN HEP...memaklumkan bahawa tiada kenaikan minyak tahun ini... hmmm... takleh nak percaya dah eh... cakaplah kamu sorang-sorang... memang takde kereta yang berganjak, malah barisan semakin panjang... Panik lah tu Paklah!Rakyat dah tak percaya dia lagi dah...

Panik 3.
Jam sudah 5.30 ptg. Sepatutnya 5.40 sudah ambil abang Khayr di SUI! Macamana ni? Barisan masih panjang ni... hanset baba pula tiba2 OUT baterinya... ayyoo!!! Akhirnya umi yang berjalan kaki dari stesen Petronas ke Masjid Kg Air... ada ler dekat ngan 1/2 km! Di belakang kereta kami rupanya cikgu Lok sedang berbaris sama... berpeluh2 kepanasan... Panjang betul barisan dari depan dan belakang... umi sempat ler melintasi kereta cikgu Jaggil, cikgu Datu...

Tak pernah lagi umi berjalan kaki ke Masjid Kg Air ni... seronok juga..melihat gelagat orang... ada yang bawa tong.. dari kapal...dari darat sana..kesian...paling bagus enjin kereta dimatikan, dan semuanya nampak sabar dan bertenang, takde lah yang berebut-rebut, honk-honk...

Lama juga menunggu baba, abang khayr dah kekenyangan makan 3 biji kuih telur sorang2, sempat pergi tandas lagi...di depan masjid ni stesen shell, sama gak fenomenanya... hampir maghrib baru baba sampai... teringatkan kakak pidah di rumah... takpelah lambat pun dia dapat elaun overtime - RM 10!


Sunday, June 22, 2008

Abang angkatku....

Ini abang angkat Umayr. Umayr jumpa dia semasa pertandingan Nasyid peringkat Negeri di Kota Belud dua tahun lepas... Ada tak iras muka Umayr?? Ada kannn...

Saturday, June 21, 2008

Our Little Bunnies...

Catatan:
Dulu kami pernah memeliharanya. Namun, ada yang sudah mati, ada yang menghilangkan diri, dan ada yang dicuri. Sedih... Milo, Koko, Zoro dan Tamtam dalam kenangan... huhuuuhu

Friday, June 20, 2008

Cerita si abang Khayr!

Hahaha... hari ni ada cerita tentang abang Khayr.
Abang Khayr habis sekolah jam 12.20 tengahari. Kalau ada Jqaf, sekolah akan tamat jam 1.10 tengahari. Biasanya, selepas sekolah sambil tunggu baba datang ambil, abang Khayr akan letak beg dan main dengan Musa, Izwan dan Afidah.
Kadang-kadang abang Khayr main sampai susah baba nak cari. Nasib baik semua cikgu termasuk makcik jaga kenal abang Khayr. Inilah kelebihan sekolah yang kecil... Semua mengenali! Eh tadi ada si Khayer di sini... bilang makcik jaga. Terpaksalah makcik itu ke sana ke mari mencari abang Khayr. Abang Khayr ni, kan banyak kali baba dah pesan, jangan main jauh-jauh. Kalau tak, abang Khayr tak nampak baba datang...
Kelmarin, abang Khayr tunggu tepi dewan. Bila nampak je baba, terus abang Khayr ambil beg dan lari ke kereta... Bagus abang Khayr hari ni. Tak main jauh-jauh...
Pagi tadi, bila nak pergi sekolah abang Khayr terkejut bila tengok beg sekolah abang Khayr orang lain punya rupanya! Baba, beg sape ni? abang menggaru kepala. Kelmarin abang Khayr ambik beg abang Khayr...kenapa tiba-tiba jadi beg orang lain ni? Baba buka beg, ambil satu buku. Mohd. Rizal tahun 6 Gemilang... Alamak!!! Abang Khayr silap ambil beg orang lain rupanya... Memang rupa dan warna beg tu semacam dengan beg abang Khayr! Tak pe lah, jap lagi kita cari abang Rizal dan abang Khayr kena minta maaf kat dia ya...
Jam 7.30, kelas baba dah mula, tapi baba masih di sekolah abang Khayr... menanti tuan punya beg. Nasib ada cikgu Datu Arifin dan Ust. Zahir... Mereka yang tolong cari si Rizal dan cari juga beg abang Khayr. Tadi masa ambil abang Khayr dari sekolah, dari jauh abang Khayr dah senyum. Abang Khayr tak tertukar beg lagi ke hari ni????... Abang Khayr ketawa!