Sunday, February 24, 2008

MAAFKAN KAMI...

Assalamualaikum wbt.

Tokbah, tokmi dan semua..............

nampaknya sekarang ini semua keadaan begitu berbahang sekali... di Kudat ini walaupun hujan dan mendung selalu para penghuninya berjuang untuk mendapatkan air yang sekian lama terputus bekalan. Tengahari tadi ada lori datang bawa air. Satu tangki $35. Air telaga.Syukurlah ada air...


Bahang panas itu pun sampai ke Ceritakudat ni, hinggakan tagboard pun dah kena padam. Tak boleh lah lagi tokmi nak pesan apa-apa nanti. Bahang pilihanraya apatah lagi.... Di sini ada PKR, tapi belum nampak lagi sebarang tanda nak demam pilihanraya... bendera pun tak ada.... mungkin dana tak banyak.


Tokbah, tokmi dan semua.......

Umi dan Baba dah usahakan untuk dapatkan tiket balik, namun nampaknya tak ada rezqi... kami ni terlambat.Bilik gerakan sana pun bising-bising kerana kami baru mintak.Ucapan-ucapan yang menghiris hati... mungkin dah rasa kuat, sebab dah ramai yang mintak jadi undi kami yang sekerat dua ni tak perlulah dihargai sangat...


Setiap malam fikir nak balik mengundi. Celik mata bercakap nak balik mengundi. Petang berbincang nak balik mengundi. Begitulah kami seminggu ni... undi,undi,undi....

Kalaulah kaya mcm Khairy Jamaludin tu tak perlulah meminta-minta dan perit menadah telinga.Tak sangka juga....


Sehingga terpacul pertanyaan... berdosakah kali ini jika tak berpeluang untuk mengundi?

Malam ini baba ke As-Syakirin.Qiamullail.Bermunajat.Memujuk hati.

Mungkin peluang masih ada...DOA.


Maafkan kami kalau tak dapat pulang kali ini...

Sudah terbayang, kalau pulang dengan AWFA dapatlah Tokbah dan Tokmi lepaskan rindu.Dapat gomol-gomol AWFA, geletek-geletek, agah-agah...

Sabar ye semua....


Maafkan kami,

Akan kami kirimkan doa,

akan kami hamparkan munajat

di atas sejadah tahajjud dan solat hajat,

Percayalah...

Kita hanya bekerja,

Kita hanya berusaha

Hasil dan Hidayah

Rahsia

YANG MAHA ESA

1 comment:

Anonymous said...

tagboard t'paksa dipadamkan utk mengelakkan p'kara2 yg x diingini...
sekiranya pihak ceritakudat ingin m'gunakan tagboard semula..
plz use it wisely...
ataupun.. jika perlu, pihak admin CK tdk akan memantau lagi blog ini..
t'serah pd empunya blog utk menguruskan blog ini sebagaimana yg dikehendaki...
harap maklum.

admin CK