Tuesday, August 26, 2008

Senja Di Tanjung Aru...

(sambungan Memori Indah Itu...)

Ketika tiba di pantai Awfa tidur lena... diangkat letak atas stroller pun tak sedar....

Selepas bersantai-santai seketika di jeram kecil Sungai Telupid, perjalanan diteruskan ke Kota Kinabalu yang masih lagi berbaki ><150 KM. Jarak ini belum lagi termasuk LOK KAWI yang sudah termasuk di dalam residensi PAPAR.


Menjelang asar kami tiba di Lok Kawi.... Adehhhh! Penatnya.... Tetapi budak-budak tak penat rupanya... nampak je Kak Chah dan Dadek... apalagi... beragenda lah mereka! Alang dan Maklang menyambut kami dengan hidangan makan tengah hari yang menyelerakan! Masak lemak cili api! Kota Tinggi style ni!


Tak menyempatnya lagi merebahkan belakang, Alang dah bersiap-siap mengajak mandi pantai! Rupanya jagung yang di bawa tadi sudah pun siap direbus oleh Maklang. Jom! Mandi laut kita! Horeee!!!! Berkelah lah kononnya ni... ada lagi peserta rombongan yang lain Afiq dan Nina dua beradik kawan sekolah abang Fais dan Kak Chah!

Senja di Tanjung Aru... Kurang menarik paparannya kan? Ni nak kena cari kamera canggih lagi ni...


Sudah lama tak menyinggahi Tanjung Aru ni... kali terakhir datang dulu rasa tak seronok kerana keadaan pantai yang sesak dengan pengunjung dan juga keadaan persekitaran yang kotor... Tetapi kunjungan kali ini berbeza nampaknya. Tanjung Aru sudah berbeza wajahnya... tak rasa segan lagi nak duduk-duduk... hmmm... macam ni lah bagus... lagipun pengunjung luar negara pun ramai yang berkelah di sini...


Aksi-aksi berenang... Alang jadi coach... semua sekali yang dok berendam dalam air ni 9 orang kanak-kanak... kat sebelah ni ialah Maklang kami, cikgu IT kat MRSM KK, terror wooo!

No comments: