Friday, August 22, 2008

Ceritera mimpi

Ceritera Satu :UMI DIKEJAR...

" Ish! Mana lah baba ni... langsung tak telefon ke...sms...ke... " Umi ngomelkan baba.
"Cepat la umi... dah ngantuk ni... jom la tidur..."
" Ye lah... iye lah...."
" Ya Allah!" Umi terkejut besar melihat beberapa ekor emak kucing dan anak-anak mereka yang baru lahir bertenggekan di atas birai tingkap bilik.
" Ni siapa bagi anjing eh! kucing ni makanan? " Kelihatan beberapa paket biskut di atas birai tingkap. Abang Khayr, Umayr, Dhuha dan Awfa ramai2, diam-diam duduk di atas katil.
" Kan umi dah selalu cakap, jangan bawa masuk makanan ke dalam bilik... tengok ni banyaknya anjing eh! kucing kat sini..." (kenapa nampak macam anjing ek?)
Umi menghampiri tingkap bilik untuk menghalau kucing-kucing (ibu2 dan anak-anak mereka), alangkah terkejutnya umi bila mendapati kucing-kucing itu adalah ibu-ibu anjing dan anak-anak mereka yang baru lahir... patut ler bunyi bising je kat luar tingkap tadi... tiba-tiba ... auk!auk!auk! anjing - anjing itu menyalak serentak melompat masuk ke dalam bilik- mengejar umi ke ruang tamu... terasa kaki umi dijilat eee! Tolong!Tolong!Tolong!

Astaghfirullahal aziim! Umi terbingkas bangun... mimpi ke realiti tadi? Takutnya... kaki pun masih terasa geli geleman dijilat anjing! Disebelah Awfa dan Kak Dhuha sedang lena. Abang Khayr, Umayr, Abang Fais dan Kak Syida pun nyenyak saja tidur di tilam. Brrr... terasa sejuk.Umi matikan suis aircon.Umi ke ruang depan... gelap. Umi menjenguk dan melihat baba sedang lena di sofa. A aa... la... baba dah balik! Mamai ler umi ni... mimpi rupanya... Umi tengok jam, sudah hampir pukul 2.00 pagi. Tercantas rasa mengantuk dan tak mahu tidur lagi... ( manalah tahu anjing2 tu datang semula... huah!huah!huah!)

Rupanya sebelum tertidur tadi umi cuba-cuba bereksperimen dengan kamera kokak wok ni ha! Tengok bebudak ni tidur lena...kepenatan lagi... sesaja la snap gambar diaorang. Di minda bawah sedar umi risaukan si sera yang sudah beberapa hari menghilangkan diri + teringat kat anjing comel bunting yang terjumpa kat pasar tadi... tu yang jadi mimpi kena kejar tu... ada ka? Hilang mengantuk, apa lagi mengadap laptop ni laa... hi..hi..

( sat lagi subuh, bersiap terus nak pi KK, dalam kereta umi boleh sambung tidur!)
Ceritera Dua : WARNA-WARNA MIMPI
Terlena kepenatan... umi selalu tertanya-tanya apakah warna-warna mimpi kalian?pink merajai siang hari dhuha , adakah di alam mimpi pink juga bermaharajalela?
sedamai sesuci awfa... barangkali seindah itu bisikan bidadari dari syurga yang menemani tidur mu nak...

SELAMAT TIDUR ANAK-ANAK KU...

mimpikan yang indah, doakan impian menjadi kenyataan..

No comments: