
Cuti sekolah pertengahan semester 2 baru saja berakhir. Hari ini abang Khayr, Umayr, Dhuha, Baba dan Umi sudah kembali ke sekolah. Semua orang bangun awal termasuk yang pertama sekali bangun adik Awfa! Dhuha pada mulanya buat perangai juga... tak nak ke sekolah. Tetapi setelah 'dihembus-hembus' oleh Baba sambil-sambil sarapan koko crunch, moodnya bertukar baik dan dengan senang lenang bersiap-siap untuk ke tadika bersama Umayr.
Walaupun cuti kali ini tak sehebat semester lepas, namun ada keseronokannya kerana di penghujung cuti ada Kak Syida dan abang Fais! Kesempatan dapat bercuti bersama walaupun singkat digunakan sepenuhnya! Setiap detik adalah saat mencipta memori indah zaman anak-anak. Kak Syida dan Abang Fais nampak seronok sekali kerana pengalaman di Kudat ini tentunya berbeza dari 'Istana Agam ' di Lok Kawi!
Jumaat 22/08/2008
Hari ini kami bertolak ke KK untuk menghantar pulang Kak Syida dan abang Fais.
Perjalanan yang paling menyeronokkan! Sepanjang perjalanan kereta riuh rendah dengan alunan nasyid! Semua orang bernasyid bersama-sama kaset! Paling best lagu Nabi Yunus di telan Ikan Nun, Kisah Nabi Musa, Kisah Si Qarun, Yang Terpuji ... Umayr paling perasan suaranya sama dengan suara dalam kaset!
Jumaat 22/08/2008
Hari ini kami bertolak ke KK untuk menghantar pulang Kak Syida dan abang Fais.
Perjalanan yang paling menyeronokkan! Sepanjang perjalanan kereta riuh rendah dengan alunan nasyid! Semua orang bernasyid bersama-sama kaset! Paling best lagu Nabi Yunus di telan Ikan Nun, Kisah Nabi Musa, Kisah Si Qarun, Yang Terpuji ... Umayr paling perasan suaranya sama dengan suara dalam kaset!

Tiba di persimpangan Kota Marudu kami singgah di deretan kedai di situ untuk beli jajan sebagai bekalan perjalanan. Nak makan di mana ? Kita akan berhenti di sungai 'kita' nanti... Yeee! Best tempat tu abang Fais!!!
Kereta dipandu santai melimpasi kampung Manggaris... "Umi nak pisang? Singgah ler ba, jagung pun best kat sini...
Kampung Manggaris ini memang selalu disinggahi untuk membeli bermacam jenis pisang spt.berangan,lemak manis, kelat lega, kelat keling , ada juga ubi keledek, jagung manis, labu manis... semua ini hasil tanaman orang kampung. Tak rugi membeli kerana kelainan rasa enak sayur-mayur dan buah2 kampung ini... Selesai membeli,bau harum pisang berangan- RM 5 sesikat, membuatkan umi terasa lapar.... lambat lagi ke nak sampai ke sungai kita ni??? Boleh mandi tak baba? Abang Khayr bertanya dari belakang.... (tak sabar2 lah tu... tahu nak seronok jer anak-anak ni!)
Setelah beberapa minit meninggalkan gerai jagung dan pisang tadi akhirnya kami sampai ke sungai 'kita'!Sungai Telupid @ Sungai Mantanau adalah destinasi persinggahan kami yang terletak di pertengahan jalan di Kg Ulu Kukut! Jeram kecil yang menyegarkan dan menenangkan minda! Kami pernah mandi di sini!!!Jeram kecil inilah juga yang pernah meleraikan 'kesedihan' umi suatu ketika dahulu...
Papan tanda 'DILARANG MENANGKAP IKAN' mengalu-alukan ketibaan kami. Kalau tangkap juga dendanya ialah SEEKOR KERBAU = RM 5000.00! Kaedah ini sememangnya diamalkan di Sabah dan Sarawak untuk menjaga kesinambungan ekosistem sungai dan memastikan beberapa spesis ikan yang jarang didapati tidak pupus!
Aksi-aksi makan jajan sambil berehat-rehat di atas batu. Baba tak kasi mandi sebab hari nak hujan... BAHAYA!
Bersantai-santai di atas batu sambil mendengar irama air berlari.... terasa sejuk dan damai seketika... ( kalaulah sungai macam ni dok kat tepi rumah kita kan bagus....)bersambung....





1 comment:
Alaa.. Kesiannya tak mandi.. Mai kita mandi kat Tanjung Balau meh! :)
Post a Comment