Ya Allah...tabahkan baba kami...berikan kekuatan pada baba kami... sirnakan kedukaan dari hati baba kami... lindungilah baba kami ... tenangkan dan damaikanlah baba kami Ya Allah... jauhkanlah kami dari angkara dan fitnah manusia Ya Allah... ampuni lah kami Ya Allah... anugerahkanlah kami dengan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat... amiin ya rabbal alamiin.
Sepatutnya ada entri khusus untuk 08-08-08, selepas tidurkan Awfa tengok-tengok dah masuk hari lain. Namun Jumaat kali ini akan sentiasa melekat dalam ingatan kami sebagai Jumaat yang menitipkan satu peringatan yang amat berharga dari Tuhan.
Jumaat yang membuktikan Tuhan amat menyayangi hamba-hambaNya, dan sentiasa memberikan peringatan walau dalam apa jua keadaan.
Sekali dilihat dari pandangan mata kasar seolah ada kabut hitam yang melingkari... mungkin kerana kesalah fahaman manusia mentafsir atau rasa hati yang didorong oleh benci? Dengki? Khianat? Ketidaksengajaan...??? Mungkin juga kerana kealpaan kami selama ini di dalam menjaga hubungan sesama manusia (habluminannaas) dan hubungan dengan Maha Pencipta (habluminALLAH) Ya Rabb....
Abaikan manusia itu dan itu dan itu... atau rasa itu dan itu dan itu... pasti ada HIKMAH yang teramat besar di sebalik kabut hitam ini... Mudah-mudahan di laman Syaaban ini kami masih diberikan kesempatan untuk kembali mempersiapkan diri untuk sebuah lagi perjuangan maha besar...dan melayakkan diri menjadi tetamunya... RAMADHAN KAREEM...

1 comment:
Amin... Moga kita semua sentiasa dibawah lembayung rahmat kasehNYA. Hmm.. Kami doakan yang terbaik utk keluarga abg Yoman & kak Bie serta kita semua.
Post a Comment