Monday, August 4, 2008

Jurnal Ogos...

Ogos.
Bulan paling manis dalam hidup kami.
Banyak sejarah dan nostalgia indah
tercipta dan terpahat di langit Ogos.
Ogos bulan manis.
Ogos bulan bersejarah.
Ogos bulan perjuangan.
Ogos bulan nostalgia.

30& 31 Ogos 1994...
ketika usia rebung remaja
Detik pertama umi dan baba
meninggalkan bumi Malaysia
menggapai awan cita-cita
dan melakar awangan impian
ketika itu...
langit Kuala Lumpur bergema
dengan laungan MERDEKA!

30 Ogos 1999 ...
saat pagi dingin
mendakap bumi mafraq
saat karaz dan inab
mengorak kelopak
nostalgia...
saat embunan saifi
menitiskan cahaya...
BaytRahmah
pun terbina
dengan termeterainya
lafaz ijab dan qabul...
ketika hati muda belia
Tuhan tidak
perkenankan cinta
di luar dakapan-Nya
nun ribuan batu doa restu ibu dan ayah
merafak redha hingga ke syurga...
keesokannya...
31 Ogos 1999
walimah ringkas serba kekurangan
kaya dengan ukhuwwah dan kasih fillah
meraikan rakan, sahabat dan taulan...
dalam sejuta kenaifan
menghampar selautan syukur
pada-Mu Tuhan...

Tanggal 09 Ogos 2000...
teratak kecil di Sungai Chinchin
dan puing-puing langkah
di kampus indah
menjadi saksi segala
detik teramat bersejarah ...
kelahiran Muhammad Khayr
di Hospital Selayang...
saat itu umi dan baba
masih bergelar pelajar...
hari-hari adalah
liku-liku juang berduri
pun terasa maha indahnya
anugerah-Mu ini...

1 Ogos 2001...
kembara panjang berkelok langkah
bermula di negeri SABAH...
hanya berbekalkan segenggam tawakkal
akur dan redha pada hakikat
akhirnya di tanah KUDAT ini
kita bertapak...
di sini...
kalian bertatih...melangkah...berlari...
sehingga sebesar ini...

Ogos 2006...
ALLAH Maha Kuasa merencana segala
umi dikejarkan
ke maternity ward di Hospital Likas,
selepas pendarahan
kerana keguguran....
innalillahi wa inna ilaihi raajiiuun...
(Allah Maha Menyayangimu anakku... FADWA)
walhal detik itu
kita semua dalam perjalanan
mahu pulang ke Kelantan
walimah ayah pih bakal dilangsungkan

23 Ogos 2007 ...
setahun kemudian...
Dia Yang Maha Tahu
menggantikan kembali
sebuah kehilangan
kelahiran Muhammad Awfa
di hospital yang sama....
Tuhan menduga lagi
ini kelahiran terakhir
tiada lagi satu atau dua
selepas ini...

dan tahun ini
Ogos 2008...
pada hari ini
...Israa...seorang SUMI
di bumi Kudat...
adakah satu sejarah
akan tercipta lagi???


8 comments:

miorjqaf said...

Alamak, Shahdu betul! Apapun, tahniah utk abe & kak bie kerana telah berjaya menempuh segalanya selama tempoh itu. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke9. Semoga kalian terus bahagia bersama hingga ke syurga. Mior pun tumpang gembira.
Hmm.. Sajak tu juga mengimbau kenangan awal perkenalan kita, yang tak lama selepas itu kalian pun diijabkabulkan. Gambar kawin tu dan yang lain2 tetap elok dalam simpanan Mior. Hmm.. Jangan lupa persembahan nashid Bulan & Bintang hari kenduri tu! :)

KHAYR said...

ammu mior - sobahal kheir... syukran... masih ingat lagi kat kami... nashid Bulan&Bintang tu TERUNGGUL dalam ingatan... tak ada tandingan!

IamYonna said...

wow!
interesting la kak!
hee..
semua nya dalam bulan ogos :)

hope bulan ogos akan terus bagi seribu kenangan kat akak =)

miorjqaf said...

Shukran kathiran sebab masih menghargai lagu Bulan&Bintang tu!.. Album nashid kita tetap TERUNGGUL!

sikinisma said...

salam.. mabruk..and terharu..moga terus berbahagia sekeluarga...

adie said...

wah..nostagia nya. kira bulan ogos nie ade sentimental value la.hehe..

semoga hepi dan ceria selalu!

KHAYR said...

yonna - makasih ye datang rumah kami... datang ler lagi... semua ini hanya kebetulan, sebenarnya banyak lagi peristiwa penting dan hebat yang berlaku bulan Ogos ni... apa2 pun setiap tarikh pasti istimewa untuk setiap orang kan yonna kan?

ammu mior - nanti lagu bulan bintang kita orang akan dedicate khusus untuk ammu mior... nanti ye... seprais!

acikikin - ingat tak ikin dok kat ne masa tu? Tolong2 angkat dulang ngan akhawat ekkk???

uncle penyu biru - dulu2 zaman tulih2 diari kite jer yang baca sorang2, ni zaman BLOG ni seronok gak buleh kongsi2 cerita, semua ni dah jadi sejarah...pengalaman tu guru yang mendewasakan.

k a s e h K A M I said...
This comment has been removed by the author.