Alhamdulillah. Syukur.Baba kami sudah pulang. Ye!Ye!Ye!Baba sampai ke rumah petang kelmarin ( Rabu). Seronok betul bila tengok SAA 203 E membelok masuk ke dalam pagar. Kami rasa Baba ni macam IRON MAN lah. Malam naik bas dari KB ke KL. Lepas tu naik kereta acik Shari ke Sepang. Lepas tu naik Airasia ke KK. Lepas tu naik kereta Alang ke Lok Kawi. Dari Lok Kawi drive kereta sendiri ke KUDAT! Fuyyooo! Kalau baba naik LRT, lepas tu naik kapal, lepas tu berenang... tentu baba yang dapat medal emas olimpik! Hebat baba ni kan? kan? Kan?Ada surprise! Aaaa! Terkejut betul bila tengok ada abang Fais dan Kak Syida... apa lagi? Main laa.... Hemmm... rambutan, manggis dan buah salad(salak) tokbah dah HABIS! Best betul makan ramai-ramai dengan abang Fais dan Kak Syida. Lepas makan pergi main lagi... Mula-mula baba cakap hari ini (Khamis) Alang, Maklang, Kak Chah dan Dadek akan sampai. Lepas tu baba cakap alang sms cakap tak jadi datang! Jadi? Besok (Jumaat) seawal selepas subuh kami akan ke KK lagi!
Petang tadi kami semua ke esplanade Sidek. Makan sate. Baba kata sate Kudat lebih sedap dari sate PC . Iye ke??? Sepetang di sana, hampir maghrib baru pulang. Lepas solat kami sambung main lagi, mula-mula kat luar, lepas tu masuk dalam bila dengar bunyi guruh. Dah penat sangat ni... abang Khayr masuk tidur dulu ye........
ngantukkkkkkknyaaaaaaaaa...
Petang tadi kami semua ke esplanade Sidek. Makan sate. Baba kata sate Kudat lebih sedap dari sate PC . Iye ke??? Sepetang di sana, hampir maghrib baru pulang. Lepas solat kami sambung main lagi, mula-mula kat luar, lepas tu masuk dalam bila dengar bunyi guruh. Dah penat sangat ni... abang Khayr masuk tidur dulu ye........ngantukkkkkkknyaaaaaaaaa...






No comments:
Post a Comment