Entri ini khusus untuk Kasehkami yang bertanyakan tentang 'dulang ikan'... Tak sangka pula umi ada yang ingat pada dulang ikan tersebut... panjang perjalanan dan terlalu manis nostalgia ikan tersebut. Nak tahu kisahnya? Kaan ya makaan fi qadiimiz zamaan....
".... waktu itu umi nak balik Malaysia sebulan sebelum kahwin... sebagai buah tangan umi membeli dua set dulang ikan - satu set untuk tokmi mace dan satu set untuk tokmi pc. Melamine ini umi beli di sebuah kedai kecil di tepi jalan di Syarii' Baghdad, Irbid... sebenarnya tak ramai akhawat yang tahu tempat ni... itu pun umi dan acik Midah dibawa oleh akhawat Irbid ke sana... Namun tak terbawa pula ke Malaysia dan tinggal lah ia menjadi kegunaan umi dan baba di BaytRahmah... untuk tokmi mace dan tokmi pc umi belikan set yang baru iaitu mangkuk melamine pun berbentuk ikan dan sebuah dulang ikan yang besar ... sebenarnya sebelum kahwin dengan baba umi telah mula mengumpul melamine-melamine ini dengan duit biasiswa, walaupun ini adalah melamine reject, namun umi amat menyukainya kerana corak dan warna yang cukup cantik dan ceria... sehinggakan baba pun sukakan melamine umi ini... termasuklah juga babah kasehkami....."
Jadi terjawablah pertanyaan kasehkami... ia masih menjadi 'basahan' kami di dapur... tak ternilai dengan apa2 jenama hebat yang lain corelle ke, pyrex ke, giacomo ke...tupperware ke... tambahan pula abang khayr, umayr, dhuha dan awfa yang membesar dengan melamine ini- more secure and FUN!
Dulang Ikan.... ini emak ikan...
naah.... ini pula anak-anak ikan...
melamine purple ini hadiah kahwin dari akhawat.... asalnya 1/2 dozen, dah tinggal 3 je...
dulu masa baru-baru sampai takde style ni kat Malaysia, tapi sekarang dah berlambak! Orang dah tak pakai dah yang camni... ni zaman tokku tonggek punya style ni...
masa anak-anak kecilkecil depa suka pinggan ni sebab seronok tengok kucing berkejaran... kalau letak ikan tentulah kucing gemuk tu ngap dulu!
alahai! Comelnya.... Hebat betul warna-warna pada pinggan ni... Ini pinggan lalu abang Khayr...
Ini yang paling umi sayang... 3 set dulang serbaguna... kenangan terindah pinggan ini jamuan terakhir Kelab Jelita, umi susun di atasnya sate yang ditempah khas dengan ammu Ujeng!





9 comments:
Alamak.. Terharu betul. TQ3. Mmg baru nak tulis mintak kak bie up kan @ buat post khas tentang dulang ikan. Sekali dah kuar terus. Memang cekap. Dan Tahniah juga sbb ada koleksi melamin yg cantik2 dan penuh nostalgia. Hmm.. Kenapa buat kasehKAMI Jeles lagi? Isk3.
isk3 jangan ler jeles kasehkami, kita berlumba kumpul pinggan mangkuk kelas2 ler pulak, umikasehkami ndak tak? Akak ni kaki shoping2 ni...
amboi2.. nak kumpul pinggan mangkuk kelas2? Org mengajar di semenanjung ni tak kaya macam org semenanjung yang mengajar di sabah. manalah kami mampu nak beli pinggan mangkuk kelas2. pinggan mangkuk dan gelas kertas boleh le.. hik3..
hmm..menarik dan unik sekali pinggan dan dulang tu. suatu masa nanti, tentu nilai estetikanya tinggi.
acik penyubiru- ni pinggan2 reject jer ni... kenangan tu yang mahal...
kasehkami-takde bezanya... dok sini lagi sengkek barang2 mahal2 semua... nak makan pun susah...
oo..baru kuingat pinggan ikan tu..hehe...adoi sampai ke sabah dibawanya..penuh nostalgia!
acik ikin- dengan pinggang ikang tu lah kite menghabiskan masa2 terakhir kite bersame di mujamma' abu kamal kang? Ape cerite karpet katun yang awak warisi tu? Kat sini baru ada akak jumpa tahun lepas kat klate...
he he ..karpet kartun tu ingat lagik yer..yg ada jalan raya tu..taman-taman..eihab pun main kereta kecik-kecik..jalan room...room...ada pada saya kat umah muar nih...dalam bilik adik saya!
kelab jelita kak apa citer..? yg lain-lain pi mana ?
waaa! ADa lagi? Boleh jadi harta pesaka ni??? Sronok kan main kereta-kereta...vrooom! Nanti balik kelate acik belikan yang warna pink untuk Einas! Cantik...
Post a Comment