Tuesday, August 19, 2008

Makan dalam dulang

Hari dah nak maghrib.Umi panggil semua balik. Mandi dan bersiap.Carlson pun balik mandi juga. Bila dah siap mandi umi hampar tikar di luar dan hidang nasi dalam dulang! Best nya! Makan nasi dalam dulang! Lagilah seronok bila tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya!Rasa macam pergi berkelah la pulak. Umi masak sedap! Nasi dan ayam masak kurma dan ikan goreng! Tak terliur ke???
Awfa pun sibuk juga... mahu makan sama.... selesai makan, ingatkan nak berehat-rehat pula, rupa-rupanya mengadap sebungkus roti krim pula! Bila hujan dah reda sambung lagi main bola... Mujahid pun sempat lagi datang. Lepas tu umi pun marah, suruh masuk dalam rumah... ye lah kan... dah maghrib tu... masih lagi duduk di luar!

4 comments:

k a s e h K A M I said...

Alahai mkn dlm dulang la. Mcm kat jordan la pulak. Nak tanya satu soalan boleh? Umi dan baba masih mkn dlm dulang kecik bentuk ikan lagi x? :) Hmm.. Ammu minat betul dgn muncung yg cantik sgt tu. Pinjam boleh. Nak buat sangkut baju. :)

KHAYR said...

Dulang ikan tu? masih ada lagi maa... itulah antara harta kami yang paling MAHAL!!!

k a s e h K A M I said...

CAYAlah! Korang memang loving couple. Tapi 'masih ada' tu maknanya 'masih guna' atau dah jadi 'barang kenangan'? hehehehe.. Nyibuk pulak kami ni. Macam la kami yg hadiahkan dulang ikan tu kan? Bukan apa.. teringat.. Itu tanda kami tetap setia ingat kat kalian berdua.. CAYA tak kami! :)

sikinisma said...

dulang kecik berbentuk ikan...mcm ingat-ingat lupa..hehe...selamat periksa PTK esok!