yang tinggal cuma ummi dan Awfa. sementara menunggu kak pidah datang ummi tengok Akhbar Hari ini, walaupun tak tahan dan terasa terlalu muak dan nak termuntah umi tengok juga bukan isinya tetapi kerana Uthaya Shankar tu antara pengkarya tanahair yang umi suka.... lepas tu nonton selamat pagi Malaysia.... walaupun ramai orang menyampah dengan program ni, disebalik jarum-jarum propaganda ada banyak info yang berguna, ada banyak juga segmen yang bermanfaat....
Ibarat air paip kudat yang berselut pekat , begitulah berita ataupun maklumat kalau ditapis dan dipergunakan sebaiknya kita akan dapat banyak ilmu dan bekalan yang bermanfaat. Seperti tv contohnya marahkan program tv jangan le pula tv tu dibuang, zaman dulu mungkin lah kan buang tv dalam rumpun buluh ataupun tohok belakang rumah... he!he! Zaman sekarang ni nak control jugak... sekarang dah sampai tahap tv tu dah tak ada warna, tengok pun gitu-gitu je lah...
astro dah lama out! Buat apa bising-bising kata susah nak control anak tengok tv, kitalah yang salah sebab mengadakan semua alat-alat hiburan tu... cd player? Pun dah berzaman rosaknya... PC dan laptop boleh control pakai password!
Kalau teringin sangat nak tengok ultraman dalam internet ada...sekali sekala lah kan, lagipun anak-anak ni dah pandai sibuk sekarang... tapi.... kami ada congga,bonggo,tamborine,keyboard... sambil ketuk menyalurkan energi yang berlebihan keluar... boleh asah otak kiri biar lebih kreatif berfungsi!Cuba fikir ye kenapa Islam menghalalkan alat-alat muzik percussion? apa hikmahnya? Tolong buat research sikit.........
Berbalik pada rancangan SPM tadi tu ada satu segmen Islam Hadhari! Mesti ramai yang menyampah ni kan? Tapi kalau namanya usrah atau jilsah atau fikrah atau apa-apa sajalah tentu lain pulak jadinya....
Hari ni sambil-sambil tidurkan awfa terlajak pula nak nonton Islam Hadhari ni. Tajuk menarik... Nilai Seorang Anak... moderatornya Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan panelisnya Ust Hasan Kasan UKM. Ni benda yang dah tahu... ttg kedudukan anak-anak kita dan juga kedudukan kita sebagai anak.... tapi kekadang dengan kesibukan hari-hari terasa macam terlupa pula...
Itulah... anak-anak ni lubuk pahala rupanya........ sedetik itu baru umi sedar betapa ruginya tak sabar dengan abang Khayr yang macam-macam ,umayr .yang aktif tak duduk diam, dhuha yang suka merajuk dan buat perangai.... rupa-rupanya kalian nak bagi umi dan baba pahala... yang sememangnya terlalu banyak berdosa ini.... maafkan umi anak-anakku.... terima kasih anak-anakku.........
Buat tokbah dan tokmi juga mohon ampun maaf atas segala dosa, kalau terlambat hantar duit, atau termiss atau lama tak telefon... dan yang paling terkilan lagi tak pernah lagi anak sulung abah dan mi dapat duduk bersama untuk menunaikan tanggungan bakti buat kalian berdua....
Maafkan anakmu!

ربي اغفرلي ولوالدي وارحما كما ربياني صغيرا
آمين يا رب العالمين

1 comment:
Assalamualaikum buat anakanda dan cucunda yang jauh di sana..
Pertama-tama Tokmi doakan semuanya berada di bawah peliharaan Allah Ta'ala dan dicurahi rahmat Allah sentiasa..
Tokmi di sini sentiasa mendoakan anak-anak dan cucu-cucu Tokmi sentiasa berbahagia dan dijauhkan kesulitan..
Tokmi tidaklah mengharapkan sebarang ganjaran mahupun wang dari anak-anak.. yang Tokmi harapkan hanyalah doa dan ingatan.
Tokmi di sini baik-baik sahaja.Usahlah dirisaukan dengan wang atau beras petas kami di sini.. kerana kesusahan dan kesulitan itu sudah menjadi asam garam harian hidup kita.
Buat Aufa yang Tokmi rindui, semoga cepat membesar..
Tokmi rindu Aufa..
Post a Comment