HARI PENENTUAN...
RAMADHAN ... Malam semalam kulalui dengan gelisah.Hingga dinihari mata tidak dapat lelap. Apakah mentari esok menitipkan berita gembira? Sebaik bersahur, aku terus bersiap-siap untuk solat subuh. Ramadhan kali ini aku berpeluang berpuasa penuh di rumah setelah 6 tahun aku melalui kemanisan Ramadhan di asrama. Walau jarak dari rumah ke sekolah hampir 40 kilometer. Aku nekad untuk berulang alik bersama-sama beberapa orang lagi kawan-kawan yang tinggal sedaerah.
Sepanjang perjalanan aku teingat-ingat butir bicara abah kelmarin. Pakda menelefon dari JPN. Benarkah apa yang dikhabarkannya? Kalau benar... alangkah... Tiba-tiba aku terpandang abe smart sedang melihat aku yang sedang tersengih-sengih sendirian dari tadi... Ya Allah! Malunya...
Sebaik kaki melangkah ke dalam pagar sekolah, Mc Ann dari jauh lagi berlari-lari ke arah aku. Razzi! Mc Ann menjerit-jerit kesukaan."Aku dah tahu!, Mak aku tengok di JPN!""Ann betul ke ni? Tahniah!" Seronoknya Mc Ann dapat 7 agregat. Di kelas geng-geng ARMAN dah berlonggok di meja. Kelas hingar bingar. Sesekali terdengar Mek Kas berfantasi... kalau tak dapat result bagus aku kahwin saja!" Razzi... Mek Chah menyambutku mesra. sahabat kecil kesayangan ku. "Razzi, Razzi awak dah tahu result Mc Ann kan? Eee... macamanalah result saya nanti, tak sabarnyaaaa!" Sabar Pah... awak tahulah juga nanti... Najah mencelah. " Aku menoleh ke belakang, Nabilah tersenyum. "Hai Neb!" "Awal hari ni...," "aaa.. saya suruh abe smart tu pandu laju-laju, tak sabar nak datang sekolah..." Sekilas aku terpandang aku terpandang Kak Mak tersengguk-sengguk, Awie pula hanya mengangguk-ngangguk kepadaku, macho... he, he.
Tak habis kalau aku melayan mereka ni. Sebelum kak Majidah mula mempromosi produk kecantikannya aku cepat-cepat keluar dari 6B4. Suasana di kelas-kelas 6 Bawah agak hingar bingar kerana hari ini adalah hari besar.Hari yang mendebarkan. Ketika melewati 6B3 aku tercari-cari Mek Teh dan Chique. Che Ngah pun tak kelihatan. Mungkin mereka ni sudah ke Bilik Disiplin.
Adik-adik di kelas-kelas lain pun nampaknya tak tenteram berada di dalam kelas. Semua orang teruja. Adakah pada hari ini satu lagi sejarah gemilang akan dilakarkan di bumi MMP ini?
DETIK GEMILANG
Hampir jam 9.00 pagi. Ramai pelajar sudah berkumpul di depan bilik Kokum. Bukan setakat pelajar 6 Bawah, pelajar-pelajar tingkatan lain turut turun memeriahkan suasana. Satu demi satu nama di panggil. Tuhan... sakitnya penantian ini. Ada yang senyum...manis, kelat, pucat,
Ada yang berwajah suram, muram... ada yang keluar bersama tangisan... apakah erti semua ini...
Tiba-tiba... terdengar nama di panggil.... Awak ye? cikgu Raziah memandang wajahku, Ini guru Matematik yang selalu aku lakarkan mimpi semasa kelasnya! Sayangnya matematik awak tu...
Dus! Jantung bagai ditabrak! Darah di seluruh urat nadi kurasa semakin membeku. Tangan terketar-ketar menyambut. Ucapan terima kasih tenggelam di dalam kerongkong. Terus kulipat kejap. Tak mahu melihat. Kawan-kawan yang ada disekeliling terus mengerumun mahu melihat keputusanku. Hei! Razzi mung dapat 7 aggregat lah.... entah siapa yang menjerit itu ku tak tahu. Ada yang memelukku. ada yang mencium pipiku. Aku menangis sesungguh hati. Pagi itu awan mendung. Tapi kurasakan bagai matahari bersinar cerah secerahnya.
Terima kasih Tuhan. Hanya itu yang mampu aku ucapkan saat dahi menyentuh sejadah di Masjid Tengku Amalin A'isyah Putri. Tiada sesiapa waktu itu hanya aku, Mc Ann dan Chah. Chah memberitahuku ramai yang kaget melihat aku tadi. "Kenapa?'' " Mung menangis teruk sangat! Mesti ada yang ingat mung fail Razzi!"" Memanglah Chah Mate aku ni!"
Ketika diri kembali bertenang aku teliti kembali keputusan dalam genggaman. BM A2, BAT A2, BAK A1, PERDAGANGAN A1, SEJARAH A1, ENGLISH A1,SAINS A1, PEND. SYARIAH ISLAMIYYAH A1, PEND. QURAN SUNNAH A1, MATE = KANTOI! Rasminya 7A1, 2A2= 9A ! Hmm cantik jugak keputusan aku ini...
Terkenang 2 minggu sebelum SPM aku gagal peperiksaan percubaan. 2 minggu itulah aku menangis, beruzlah, bermunajat malah sepanjang dua minggu itu dan hari-hari sepanjang peperiksaan aku berkampung di masjid. Pulang ke asrama hanya untuk mandi dan bersalin pakaian. Di ruang masjid itu ada satu ruang khusus yang menjadi saksi segala usaha dan upaya yang dikerah sehingga ke minit-minit terakhir... teringat bicara abah semalam, benarlah apa yang Pak Da khabarkan, aku dapat 7 agregat.
ARMAN? Chah- 9, Aku-7, Mc Pah-10,Syikin-7,Mc-An-7. Tahniah Arman.
Chique dan Irwani dinobatkan pelajar terbaik- 6 agregat. Teh-11 dan Che Ngah-10. Tahniah geng! Nabilah,Kak Mak,Maslina dan Kak Sya pun 7 agregat. Tak heran mereka semua memang top ten di sekolah kecuali aku... meski apa pun semua ini anugerah dan ketetapan Tuhan.Alhamdulillah...
Petang itu aku benar-benar tersengih memanjang sepanjang jalan. Tak sabar lagi untuk pulang. Nak tunjuk pada mi dan abah...
(bersambung...)
Thursday, March 27, 2008
CERPEN: Andai ku tahu...( Bhg.1)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment