Sunday, March 23, 2008

Berita Ringkas CK



TAHNIAH! PERMOHONAN ANDA BERJAYA!

Taman Pantai, Lok Kawi, 20 Mac 2008- Setelah bertahun bertemuduga dan selepas berkali-kali membuat permohonan kerja akhirnya seorang surirumah berjaya diterima sebagai tenaga pengajar di MRSM Kota Kinabalu bermula Isnin ini. Berita gembira ini telah diterima oleh Puan Sarimah Raduan, 33 tahun graduan UTM dan dikongsi bersama suami En. Kamil serta anak-anak, Kak Syida, Fais, Kak Ca dan Dadek. Sambil mengesat air matanya, beliau memberitahu wartawan CK "Tak sia-sia abang Kamil beregu dengan Pengetua MRSM dalam tournament badminton minggu lepas". Eh, macam ada apa-apa pulak ni... Apapun, CK mengucapkan tahniah kepada Puan Sarimah sekeluarga! BERNAMA CK : Jangan lupa bekwah besar-besaran cuti Mei nanti aaa...

KERANAMU OH DEPU...

Kampung Badak, Bachok, 19 Mac 2008- Hasrat sebuah keluarga membina Koridor Depu terbesar di daerah Bachok berkecai apabila rakan-rakan kongsi menarik diri kerana tiada 'hitam-putih' sedangkan ia merupakan projek mega . Dilaporkan berlaku insiden kekasaran sms antara pemilik tanah dan rakan-rakan kongsi di Selangor dan Sabah. Bernama CK dimaklumkan bahawa kes ini sudahpun selesai lewat Aidil Adha lalu, namun terkini kes tersebut menampakkan tanda-tanda mahu diperangatkan kembali. "Saya dan adik saya dah merendah diri dengan memohon maaf...dan bagi kami hubungan kekeluargaan itulah yang lebih utama", luah salah seorang rakan kongsi yang masih terkejut lantaran diajak 'gocoh' oleh pemilik tanah. BERNAMA CK : 'Tidak akan mencium syurga orang yang memutuskan silaturrahim'-hadis

MUBARAK! ANWARUL ISLAM!
Kudat, 18 Mac 2008- Setelah perabis menjalankan latihan, Kumpulan nasyid cilik, Anwarul Islam dari Sekolah Rendah Ugama Kudat muncul juara dalam pertandingan nasyid peringkat daerah kudat dan gabungan Kota Marudu. Anwarul Islam yang dianggotai oleh Khayr, Izar, Udin, Kamarul, Afiq, Fahmi dan Nazmi adalah kumpulan nasyid di bawah bimbingan En. Anuar dan Ustazah Rubiah, komposer dan juga perkusinis terkenal di Kudat. Dikhabarkan segala makan minum sepanjang latihan ditaja penuh oleh Apollo Sdn. Bhd. Tahniah kepada Anwarul Islam. Moga bergelar juara di Ihtifal Sekolah Ugama pada 12 April nanti di Ranau, insya Allah!
BERNAMA CK : Salurkan bakat dan kebolehan secara betul.

No comments: