Friday, March 21, 2008

Semangat Maulidurrasul

Selamat menyambut Maulidurrasul buat semua. Bukan sekadar syiar tetapi menghayati setiap detik berhikmah kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai penyelamat umat manusia dari kejahilan dan kesesatan.
Bersama semangat maulidurrasul SAW ini ingin kami mengambil kesempatan untuk berbicara khusus dengan AHMAD THAQIF yang kini sedang berada di persimpangan kembara ilmu dan cita-citanya.
Niat kami bukan untuk menjadi penghalang tetapi sekadar membuka ruang agar AHMAD THAQIF benar-benar membuat pilihan yang betul. Tidak dinafikan hijrah adalah perlu untuk perubahan. Namun adakah destinasi hijrah kali ini lebih baik dari medan yang sedia ada?
KISAS satu nama besar (tapi itu dahulu, suatu ketika dahulu... ketika institusi pendidikan bebas dari percaturan polotik kepartian dan saat dinamisme pelajar begitu hebat apatah lagi para pendidiknya) sebagaimana SBP yang lain KISAS pun turut menerima tempiasnya...
MML usianya lebih lama dari usia merdeka tanah air ini. Keunggulannya melahirkan para ulama tersohor seantero alam. Sekolah agama di Kelantan inilah sahaja yang masih kebal tak dapat dikacau oleh para penguasa mainstream.
Kenapa AHMAD THAQIF begitu bertegas untuk melibatkan diri dengan sistem pendidikan arus perdana?
Adakah AHMAD THAQIF tidak merasai satu kerugian jika pendidikan tinggi Ahmad THaqif ini hanya berakhir di birai tangga UIA ? UKM? UM? USM?
Tidak terliurkah AHMAD THAQIF untuk berjeda di rumah-rumah ulama muktabar di Mesir atau Madinah atau Morocco atau Jordan...?
Berpeluangkah AHMAD THAQIF untuk bergelumang dengan kitab-kitab karangan ulama tersohor, menghadam ilmunya langsung dari penulisnya, membedah kitab-kitab lama, berdiskusi bersama para pencinta ilmu dan ulama jika tidak di tanah kelahiran para anbiyaa'?
Tahukah AHMAD THAQIF bahawa anda begitu berbakat sekali untuk mudah memahami ilmu-ilmu, begitu berkebolehan untuk menguasai bahasa Arab, bahasa Al-Quran, tajam penaakulan, tinggi pemahaman?
Bukankah dengan kebolehan yang anda miliki ini lautan ilmu al-quran, hadis, feqah, lughah, falak, sains, kimia, fizik dan ribuan cabang ilmu lagi dapat AHMAD THAQIF selami?
Sanggupkah dengan 10 % markah kokurikulum yang baru sahaja diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran AHMAD THAQIF menggadaikan peluang untuk menjadi model AL-QURAN YANG BERJALAN DI MUKA BUMI. Sanggupkah???
AHMAD THAQIF cuba anda tengok syakhsiah hebat hari ini...
TOK GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
TUAN GURU HAJI ABDULLAH LUBUK TAPAH (allahyarhamuhu)
ataupun tokoh-tokoh agung sejarah umat Islam...
HASAN AL-BANNA
SYED QUTB
IZZUDDIN AL-QASAM (sekadar beberapa contoh...)
tidak bercita-citakah AHMAD THAQIF untuk menjadi seperti mereka. Mereka ini bukan sekadar reformis bangsa tetapi perubah wajah dunia!
AHMAD THAQIF... kalaulah boleh kami katakan di sini....
BERSABARLAH AHMAD THAQIF. Hanya SELANGKAH sahaja lagi... dan AHMAD THAQIF akan berpeluang melihat wajah sebenar DUNIA ini... yang lebih indah. Pastinya yang lebih INDAH!
Sekian, Salam Maulidurrasul dari kami khusus untuk Ayoh Qih kami.
Daripada : Baba, Umi, KHAYR, UMAYR, DHUHA dan AWFA.

No comments: