Cuti Hari Pekerja lepas,
sekolah baba buat
Hari Keluarga... Pagi-pagi lagi
semua dah bangun bersiap. Baba cakap ada ramai
kawan-kawan di sana... Memang betul! Carlson, Udin,
Abang Izar, Jiji, Izat, Iskandar dan ramai lagi...
Abang Khayr, Umayr dan Dhuha masuk sukaneka..
Isi air guna sponge, rebut gula-gula, jaga belon,
rebut kerusi dan macam-macam lagi...
Paling seronok bila abang Khayr dan Umayr
naik 'flying fox'... Tok bah, ini la musang terbang yang
abang Khayr cerita dulu... Mula-mula takut juga,
tapi bila dah cuba sekali mesti nak naik lagi lepas tu...
Lepas flying fox, kami mandi laut
ramai-ramai... bestttttttttt!!
FLYING FOX: Pengalaman pertama...

Berdebar-debar juga abang Khayr nak cuba.Tetapi dari rumah lagi baba dah bagi semangat pada abang Khayr suruh cuba flying fox ni.Lagipun abang Khayr tengok ramai kanak-kanak lain yang sedang beratur nak mencuba. Abang Khayr apa lagi awal-awal angkat tangan nak mula dulu... Bismillahirrahmaanirrahim....

Umayr pun macam abang Khayr jugak.Teringin la nak cuba.Macam hebat saja... panjat pokok tinggi-tinggi , lepas tu turun (terbang) ikut tali....syunnnnnnn.... macam naruto saja... Tak rasa takut pun, Umayr ingat nak cuba lagi, tapi baba dah panggil untuk sukaneka...
Eh! Mana Dhuha? Nuu naa.... berkepit dengan Ati ke sana ke mari, main di playground... mujur juga kawasan ini sudah ditempah khas untuk family day, jadi tak bercampur dengan orang lain... Seronoknya main di playground, hampir kesemua kanak-kanak yang terlalu kecil untuk sertai sukaneka berkumpul di sini... tapi Dhuha dan Ati sempat juga masuk acara rebut gula-gula... Ati menang..........!!! 
Naik musang terbang yang baik... pengalaman menarik!!!

(...klik lah untuk tengok kami dengan lebih jelas! Bestttt....kalau tak dapat, sila guna kanta pembesar...)





No comments:
Post a Comment