
Hari-hari cuti semester 1 dilalui dengan pelbagai aktiviti menarik... Awal pagi abang Khayr, Umayr dan Dhuha dah bangun. (Awfa paling awal-4.00am!) Biasanya awal pagi baba suruh semua keluar ke depan untuk menghirup udara segar dan menyedut oksigen banyak-banyak...sambil menikmati chit chat burung-burung di hutan kecil hadapan rumah kami. Ada yang duduk di buaian, ada yang di atas bonet kereta...sementara menanti matahari tiba... 
Adakalanya kawan Awfa-Twit twit terbang dan hinggap sampai ke muka pintu rumah... Kawan Dhuha yang bewarna hitam putih itu juga selalu menjengah kadang-kadang terlajak ke ruang tamu. Mengutip saki baki biskut dan jajan yang terselit sana sini.
Bestnya cuti sekolah... kalau tidak masa inilah yang paling kalut. Mandi dan bersiap diri... Tak sempat jika hari-hari sekolah untuk menikmati pagi!
Setiap hari dipenuhi dengan agenda-agenda yang tersendiri. Jika hari pertama cuti dihabiskan di pantai Bak-bak, hari kedua pula dipenuhi dengan aktiviti indoor bermula terbit matahari hinggalah terbenam matahari. Kebetulan pula hari hujan. Cuti kali ini Carlson menjadikan rumah kami sebagai rumah kedua, begitu juga abang Khayr, Umayr dan Dhuha berkunjung balas. Terutama untuk menonton astro ceria dan main games.
Hari ketiga (Isnin) Baba ada kelas tambahan dan umi pula mula belajar memandu. Jadi bila baba dan umi tak ada, kami di rumah Carlson sajalah. Tengahari : Baba dan umi ajak abang Khayr, Umayr , Dhuha dan Carlson ke TICK untuk bayar yuran tadika. Awfa tinggal dengan kakak di rumah. Lepas tu baba belanja roti canai di Serikandi Curry House. Di rumah pula, selepas pulang dari makan roti canai, baba buka kelas tuisyen. Semua orang kena buat latihan.
Petang, masa yang dinanti-nanti... Baba bagi peluang sehari sejam sempena cuti sekolah untuk main games... Biarpun sekadar games flash yang ayah Se download dulu, ianya dah memadai untuk menguji dan melatih minda!
Malam- kami semua pergi solat di masjid Asy Syakirin. Lepas tu umi belanja burger Restoren Rakyat...nyum nyum! Jika berpeluang, kami akan bersantai seketika di Esplaned sambil menghirup udara laut dan main kejar-kejar!
Wednesday, May 28, 2008
Alam Ria Cuti Sekolah!
Hari ini- cuaca cerah dan Baba akan ajar buat layang-layang!... Semua orang cari surat khabar! Seronoknya... Nanti kami upload gambar keriangan kami berlari di kejar layang-layang sendiri ya...
Setiap hari ada sahaja aktiviti menyeronokkan dan bermanfaat!
Alam ria cuti sekolah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment