Petang.Abang Khayr, Umayr dan Dhuha sedang bersiap-siap untuk ke kelas KAFA. Sambil-sambil bersiap sambil-sambil menengok Leo Rangers! Awfa ceria sekali baru bangun tidur. Ke sana ke mari dengan walkernya... Umi ke dapur. Nak senduk nasi dan ambil pinggan. Hari ni tak perlu masak, baba bawa balik rendang daging
sedap dari makcik kantin sekolah baba. Awfa sekarang expert mengekor umi
dengan walkernya walau ke mana sahaja. Ke dapur, solat... pernah sekali terlepas ke halaman bila abang-abang dan kakak keluar dan tak tutup pintu!
Umi di dapur. Awfa sudah di depan pintu dapur. Awfa dah selalu memandu walkernya turun ke dapur... tiba-tiba... terdengar bunyi terbalik
dan WAAAAAAAAAAAA!!!! A
wfa menangis. Walkernya terbalik.Semua orang berlari ke dapur. Kesiannya....Awfa......... Keras betul tangisnya.Samada sakit + terkejut. Agenda nak makan nasi berlauk rendang daging terbantut. Puas digosok-gosok.Di pujuk-pujuk... dicari mana bahagian yang bengkak... akhirnya tangis Awfa pun reda.... sempat lagi ketawa bila kak Dhuha agah-agah!
BAHASA AWFA...
Kit..." pandai Awfa ! Boleh cakap.."u
mi.".." ek..ek..".(sakit perut)... "baba" ....
memang expert dah! "HaH!HaH!HaH!. maksudnya bercerita lah tu...Kit.... sakit
ye? Kesian.... sayang Awfa! Akhirnya
kembali ceria. Baju ditanggalkan kerana basah dek peluh (terkejut).
Selepas beberapa ketika, keempat-empatnya mengelilingi umi, nak makan nasi. Termasuk Awfa hari ini mendapat giliran pertama di suap. Pujuk katakan ....
Sunday, May 11, 2008
Awfa...kit..kit...kit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





1 comment:
salam, i was surfing for mothers day card, terjumpa pulak blog ni. jadi rasa seronok pulak bila membacanya. sehinggakan saya terlupa nak cari mothers day card. cuma nak tahu lah sapa yg buat blog ni sebenarnya, khayr ke ummi ni hehehe.. by the way, seronok sangat ngan blog ni, keep up the entry...
Post a Comment