Monday, May 5, 2008

ExPLORE N SEE...


Tetamu pagi...

Ahad.Seperti kebiasaannya semua bangun awal pagi.Kita jogging nak tak umi? Nak... Kat mana ye? Kita pergi kat benteng, tepi laut... Sebaik habis subuh, semua dah ready berbaju jogging. Bestnya... dah lama tak jogging kan. Pagi kelihatan mendung, hujan turun rintik-rintik semasa baba parking kereta di masjid as-Syakirin. Macamana ni?Hujan... Awfa tak nak pakai topi.... sikit jer tu... sekejap lagi tak de lah awan mendung ni... harap-harapnya....
OK! Semua warming up....!
Syahdu pulak rasanya... di atas pohon kayu... di ranting mati... ada sepasang burung.Tetamu pagi.... di mana anak-anakmu?

Menghirup udara nyaman...
Dari syakirin kami semua berjoging ke benteng. Melalui komplek perhutanan Kudat di sebelah kanan dan sebatang sungai di sebelah kiri... Awfa disorong di dalam stroller.Abang Khayr, Umayr dan baba sudah jauh meninggalkan umi, dhuha dan Awfa di belakang... Seronok sebenarnya berjalan-jalan di kawasan yang agak terpencil ini... pemandangannya unik dan tersendiri...

Teluk Kudat...

Sampai di benteng, kami semua terpaksa memanjat ke atas. Lorong simen hanya muat-muat untuk stroller awfa. Kami sempat berpapasan dengan beberapa orang pejoging tegar! Masya Allah! Indahnya pemandangan laut Sulu. Berbalam di hadapan daerah Pitas dan nun di sana baru kelihatan Pulau Banggi... Kami bernasib baik pagi ini kerana dapat melihat kapal-kapal nelayan yang baru sampai membawa hasil tangkapan... ada juga bot yang hanya memakai enjin sangkut... Beginilah agaknya kehidupan anak laut... tega dilambung ombak, berteman badai....

Hello!!!!! Abang Khayr dan Umayr melambai-lambai pada kapal dan perahu nelayan yang limpas... Dah tak jadi agenda berjoging nampaknya dek kerana ralit melihat trafik kapal di laut...

Esplanade Sidek

Agak jauh juga kami berjalan. Sehinggakan Dhuha meminta baba menggendongnya kerana penat berjalan. Awfa pun diam saja di dalam stroller. Awan yang mendung tadi sudah perlahan-lahan berarak pergi. Syukur tak hujan. Sebenarnya kawasan benteng ini ialah bahagian laut yang telah ditebusguna. Sebab itulah jika dilihat dari udara bandar Kudat ini pinggir lautnya berbentuk 4 segi. Terbayang juga betapa hebatnya pelabuhan kudat ini sekitar kurun ke -19, ketika British menjajah Borneo atas nama Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Waa! Bab ni umi tak sempat ajar lagi... umi ni guru sejarah dan psv!

Rupa-rupanya kapal-kapal nelayan yang baru tiba itu berlabuh di pangkalan nelayan bersebelahan dengan restoran Maria. Teringin nak tengok ikan-ikan yang baru turun... tapi oleh kerana bau harum laut sudah bertukar dengan bau hanyir ikan, baik batalkan saja niat itu.
Kami sudah tiba di Esplanade Sidek. Umi dengan anak-anak tunggu sini... baba joging balik ikut jalanraya ke Syakirin, ambil kereta.

No comments: