Friday, May 23, 2008

Seminggu yang sibuk

SIBUK.Semua orang dalam ceritakudat sibuk minggu ini.Dua minggu terakhir ini bagi kebanyakan sekolah adalah minggu peperiksaan semester 1. Baba baru kelmarin berakhir peperiksaan semester 1. Umi dah MERDEKA! Semua kertas sudah ditanda dan markah telah diserahkan pada guru kelas dan pelajar. Malah hari ini adalah hari menerima dan menandatangani buku rekod oleh para ibu bapa pelajar.

Abang Khayr pula sedang menghadapi peperiksaan. Hari ini kertas terakhir Bahasa Inggeris. Abang Khayr tekun belajar nampaknya... Insya Allah, abang Khayr akan dapat keputusan yang lebih baik kali ini. Umayr dan Dhuha pun sibuk dengan aktiviti tadika. Minggu ini minggu sains. Baru kelmarin Umayr dan Dhuha buat eksperimen kacang hijau di TICK. Awfa?Ho ho ho.... Sudah 9 bulan! Pun sibuk juga meneroka alam disekelilingnya... semua kena jaga-jaga sekarang kerana Awfa akan tarik dan capai apa jua yang ada di hadapannya!

Sebab itulah tidak punya kesempatan untuk menjenguk ceritakudat. Di sekolah umi sekarang ada kemudahan wayarless di bilik guru. Jika dilihat pada waktu mengajar yang agak padat, tak sempat rasanya nak online dari bilik guru. Namun, alhamdulillah berkat usaha kelabstaff dan ayah Fahmi yang begitu bersungguh-sungguh melaksanakan projek wayarless ini, pasti banyak kebaikan yang dapat dimanfaatkan nanti terutama untuk pemain ict amatur macam umi ni.

Esok CUTI SEKOLAH! Baba sudah ada program khusus untuk Abang Khayr dan Umayr...MEMANCING!!!! insya Allah, akan ada paparannya di sini nanti. Umi pun ada projek besar ni... LESEN P! Hari isnin nanti baru mula! Walaupun umi rasa agak kecut perut , Insya Allah , berkat doa semua umi akan dapat juga lesen memandu nanti...hi hi hi takuttttttttt!!!

Walaupun hasrat untuk PULANG makan mokte terpaksa dibatalkan...uhuk uhuk uhuk... sedih laa... kerana beberapa kekangan keadaan, masa dan kos... insya Allah cuti dua minggu ini akan terisi dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat untuk semua.

No comments: