Saturday, May 24, 2008

Bermulanya Cuti Semester 1...

(Tok bah, tok mi...sila klik utk tengok kami besar2)

CUTI SEKOLAH. Seronok rasanya mengenangkan cuti yang agak panjang. Dua minggu. Mula-mula baba cakap hari ini FREE. Semua orang boleh buat aktiviti bebas! Alaa.. umi ajak pergi Simpang Mengayau... baba tak setuju. Betul juga, kalau nak ke Simpang Mengayau baik bertolak awal pagi, lagi bagus kalau dapat tengok sunrise!
Ketika bersiap-siap nak keluar makan roti canai ( biasala...sarapan hari minggu) baba suruh abang Khayr ajak Carlson ikut sama... bukan setakat itu saja semua orang sudah kalut-kalut bawa baju spare... nak buat apa ni abang Khayr? Baba ajak mandi BAK BAK! Pulak.....
Seronok ler makan ramai-ramai di curry house. Siap order mi goreng, tiru Carlson, lama menunggu tak makan pun sebaliknya pakat-pakat tapau untuk bekal di BAk-BAk. Excited nampak.Mujur Ijam takde, kalau tak dengan Ijam sekali akan join mandi laut kali ini.
Sampai saja di Bak-Bak, semua tak berlengah-lengah lagi bersiap-siap untuk mandi. Walaupun pantai ini memang selalu kami kunjungi tetapi setiap sudut yang dipilih memberikan pengalaman dan keseronokan yang berlainan. Port kami kali ini ialah di bawah pohon rhu yang menjulai ke laut dan memberikan kami suasana redup dan selesa untuk mandi manda walaupun ketika tengahari....


No comments: