Friday, October 10, 2008

WANG TABUNG HILANG??...

Konvoi Amal Syawal tahun lepas... menunaikan amanah mereka yg menyumbang!

Abang K, Umayr, Dhuha....nak tahu? Semalam satu cerita besar telah timbul di sekolah baba.
Apa dia baba..?
Tabung Konvoi Amal Syawal yang baba lancarkan sebulan Ramadhan yang lalu telah dirompak isinya!!

Tabung apa tu baa..??
Tabung tu untuk kumpul dana bagi membantu pelajar-pelajar susah sekolah baba. Cadangnya baba dan kawan-kawan akan berkonvoi ke rumah mereka esok (sabtu)... tapi, dah jadi gini... terpaksa la ditunda...

Camana boleh kena curik??
Sebenarnya tabung tu diletak di ruang santai bilik guru sepanjang ramadhan. Tapi setiap hari bila tamat sekolah tabung tu akan di simpan dalam bilik Ustazah Nur... Sampaila cuti raya baru ni... Semalam bila baba nak kira duit dalam tu, isinya dah kurang! Sebelum ni ba ingat ada sekeping je RM50 yang ilang. Tapi bila kawan-kawan ba bagitau ada ramai lagi yang sumbangkan not RM50... maka bila dihitung... adalah dalam RM200 gitu yang dah lesap... Bukan itu aje, baki angpow majlis buka posa untuk pelajar asrama pun juga ilang! Satu angpow ada RM5.00 X 21 angpow = RM105!! Tergamak betul....

Jadi berapa inggit semua ba yang ilang?
Tolak tambah ada dalam RM300 macam tu!!! Binawe....

Mmm...sapa yang jahat tu ya??
HANTU RAYA!!! Sebab duit tu ilang masa hari raya! Bila ba dan kawan2 siasat, ianya perbuatan 'orang dalam'!! Bukan pelajar atau orang luar! Sebab tiada kesan selongkar atau sepah... Pandai dia mencari kunci almari besi ustz Nur... Dan baiknya antu raya tu, tak dikaut semua duit tapi ditinggalkan sikit (yang biru dan beberapa yg merah)... Antu raya tu nak buat pahala jugak kot!! he3...

Apa perasaan baba?
Sedih! sebab kesian pelajar ba... kesian juga kat guru-guru yg menyumbang! Niat suci mereka sumbang derma dan zakat tak kesampaian... Sapa sangka kan??..
Marah dan geram kat antu raya tu!!! Betapa sanggupnya dia sapu duit-duit tu!! Celako!! Itu hak anak-anak yatim dan ibu tunggal yang susah! Mengong!!..

Agak-agaknya sapa antu raya tu ba..?
Hmmm... tak baik sebenarnya suspek tanpa bukti nih! Biar la ya... tapi yang pasti, antu raya tu akan tampil menyerah diri tak lama lagi! Tengok lar!! Solat hajat dan beberapa ikhtiar lain dah dibuat, biar dia PANAS dengan hasil perbuatan jahatnya!!

Harapan baba?
Sesapa yang nak bagi sumbangan bagi menampung kembali kutipan yang dah ilang tu bolehla hubungi baba... Ba tahu ramai rakan dan anak branak bloggers CERITAKUDAT yang kaya raya! Konvoi tu akan kami buat sabtu depan 18 Okt... Masih sempat nak hulurkan sumbangan... Kesian anak-anak pelajar yang miskin papa...

Pesan untuk antu raya?
Buat ANTU RAYA- sekiranya anda membaca catatan ini, AWAS! Anda tak akan tenang!!...

Kepada abang K, Umayr, Dhuha dan Awfa... ambil pengajaran ya! Sentiasalah berbuat baik kepada semua orang... jadilah seperti pohon yang sentiasa menabur buah yang ranum, meskipun dilontar dan disakiti dengan batu, kayu dan segala!

6 comments:

bandanna said...

kalo dapat tangkap antu raya tu, campak jer kat sungat bagi buaya makan! tak pun...bakar idop sampai rentung. abu nyer di tabur dlm laut..

k a s e h K A M I said...

sekolah babah kasehKAMi pun sblm puasa byk kes kecurian di bilik guru, bilik pendidikan khas, pejabat, bilik guru besar dan termasuklah makmal komputer babah di sekolah. Duit setakat sepuluh hingget dua puluh hingget ni dia tak main lah! note2 besar belaka dia ambil.. Tapi.. skrg kami dah tahu siapa pencurinya.. Tunggu masa je nak dakwa. Tak sangka.. Org yang dipanggil hajah 3 kali boleh buat perbuatan terkututk tu.. Isk3.. Hajah x mabrurrah la tu! :(

KHAYR said...

bandanna- zalim ler plak nak campak kat sungai bagi buaya makan, ingatnyer nak campak kat laut jer biar ikan jaws telan!

kasehkami- biar betoi... dia pi haji kat mana tu? Dia nak pinjam jer tu... (husnu zhon...)

k a s e h K A M I said...

mula2 mmg try la gak husnu zhon nyeer.. Sbb mmg dia ni gaji kecik (bkn cikgu), tapi dia kaya! Dah kerja lama (org lama) Suaminya kerja hebat! Rumah pun mmg taraf org kaya. Tp, sering dok tayang kemewahan & kekayaan yg dia ada. babah kasehkami senyap2 pakat dgn gb pasang webcam kat sekolah. on 24hour, rakam setiap detik (ala2 kamera litar tertutup la.. nak beli mahal.. guna webcam pun boleh! guna software XP CAM PRO. Nak buat kat rumah pun boleh.. Tapi jgn salah guna!!!).. :D

KHAYR said...

kasehkami-ooo...kira paparazzi ler ni... kesian...kantoi jugak akhirnya... Allah sayangkan dia tu...

sikinisma said...

kes curik...antu raya berhari raya!moga dapat tangkap antu raya..! Amin...