Semalam Bayt Rahmah menganjur peraduan mewarna untuk geng Taman Kemajuan. Sebanyak 500 penyertaan diterima sejak promosi dibuat bulan lalu namun hanya 12 peserta bertuah sahaja yang berjaya melepasi halangan hingga ke peringkat akhir ini... (tapi mana Fofo aaa?...)Bermula jam 4 hingga 5 ptg (ditambah lagi 15 minit kerana peserta menangis lagi merayu-rayu minta ditambah masa), peraduan menyaksikan pelbagai aksi seni lagi kreatif para peserta, termasuk yang melakukan aksi 'shuffle' yang merbahaya semasa mewarna... Peserta yang meniru, banyak cakap dan bergaduh telah diambil tindakan tatatertib dan dipotong markah bahagian akhlak dan adab...
Oleh kerana peserta kali ini terdiri daripada macam-macam peringkat umur, maka peraduan ini diputuskan- tiada kategori... kira semua boleh masuk laaa... termasuklah Awfa yang merupakan peserta paling kiut dan kicik yang sepatutnya mengikuti katogeri baby.
Pihak pengajur mengucapkan TAHNIAH kepada semua peserta yang menyertai peraduan ini. Samada yang berasal dari Taman Kemajuan, juga Taman Tg. Kapor, Maybank, termasuklah yang jauh berjalan kaki dari nuuuuna... Kanibongan saaaana! Pihak penganjur juga memohon maaf kerana tidak menyediakan sebarang snek kerana semua peserta memprotes dan enggan membayar yuran peraduan yang sebanyak 20sen seorang...Apapun, keputusan peraduan akan diumumkan ESOK- jam 8.30 pagi secara online! Beramai-ramailah semua pi Hawaii Internet untuk ketahui keputusannya ya!! Bravo!!
(gambar di atas boleh diklik untuk perbesarkannya)





No comments:
Post a Comment