Sudah 24 Syawal... di ceritakudat ini kemeriahan berziarah dan fiesta makan-makan sempena meraikan syawal sudah lama berakhir.... Kami kembali kepada rutin, malah terpaksa mengharungi eceran tribulasi demi tribulasi.... ada yang ganas, ada yang meletihkan malah ada yang amat menyakitkan!
Bermula persekolahan selepas hari raya .... abang Khayr mangsa pertama yang terpaksa 'bercuti'! 3 hari! Sememangnya abang Khayr merdeka sakan! Tetapi kesian juga... bila si pengganas 'cerit berit' menyerang bergandingan dengan muntah2 lagi tu.... malanglah segala cadar dan selimut... yang terpaksa menjadi mangsa akibat ketidak sempatan abang Khayr ke bilik air!
Ingatkan episod ini akan tamat... Bila abang Khayr sudah OK..... rupanya bersambung dengan si Umayr.... hinggakan Dhuha terpaksa seorang diri ke tadika.... merdekalah Umayr! Tetapi banyaklah pula ragamnya bila di rumah.... dah lah time tu PMR, umi kena sekolah pagi.... apa lagi... seronoklah Umayr terlepas dari kawalan!
Malam sunyi tiba2 geger gempak dengan tangisan Dhuha sakit perut.... muntah lagi tu.... kenapa lah anak-anak ni.... tersalah makan atau ini memang proses semulajadi pembersihan usus2 kecil dan besar?
Seminggu selepas eid yang cukup memenatkan... tidur pun macam tak tidur.... tengok2 dah cerah... dah lah hari Sabtu ada kursus dalaman dan baba berkonvoi amal.... syukur ada kakak pidah... boleh lah juga menengok-nengok budak2 4 orang ni.... Pagi tu umi tak senang duduk dalam lab teringatkan Dhuha yang lembek longlai atas sofa... walhal seronok ler juga belajar perisian crazy talk dan hot potatoes!
Ahad.... kali ini umi yang kalah! Sakit yang teramat sakit menyerang tiba-tiba!!! Tidak pernah sesakit ini selama umi menjawat jawatan pesakit gigi sepanjang tahun selama beberapa tahun ini... inilah sakit gigi yang paling SAKIT! Umi tak pernah menangis kerana sakit gigi tetapi kali ini terkejut betul baba! Rasanya waktu itu muka umi bengkak sebelah termasuklah segala urat saraf di bahagian kepala, mata, telinga - sakit yang amat menyakitkan! Hanya Allah Yang Tahu...
Tak fikir panjang lagi tengahari itu juga kami bertolak ke KK mencari klinik gigi! Dahsyatnya la... tiada dentist swasta di Kudat ini... kalau klinik kesihatan pun cuma buka 2 hari sahaja untuk dental.... 300 km mengharung kesakitan.... adu...du....umi sakit gigi!!!Hari Isnin kami semua mc! Namun tahukah anda... hingga saat catatan ini di tulis umi masih lagi kesakitan dan hanya mampu bertahan dengan pain killer! Entah apa lagi yang tak kena ni.... perlukah kami ke klinik gigi Dr Frisca sekali lagi?
Selasa.... pagi ini hanya baba seorang yang bersiap2 bermake-up lawa-lawa ke sekolah.... Abang Khayr+Umayr+Dhuha = muntah2 dan cerit berit! Umi pula lemah longlai berjuang dengan kesakitan giginya....
Perasan tak? Ada seorang yang tak disebut namanya....BETUL! AWFA!
Kisah awfa pula? Awfa tak cerit berit tapi sembelit! Kesiaaaaannnn awfa..... kesiaaaaaannn....
Friday, October 24, 2008
Tribulasi Syawal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





2 comments:
Alahai.. Kesiannya.. (rasa2 cam dah post comment pagi tadi.. tak de pulak! buat smula laa)
Saba la kok de abe wei! Semua tu dugaan Tuhan tanda sayang sangatnya Allah pada kita. Kan! Betapa susahnya kita, ada lagi yg lebih menderita dari ujian yang kita rasa. Semua tu ada hikmah untuk kita. Kan!
Psst.. Smlm saya baru melawat anak seorang sahabat yg 2 org anaknya (3 dan 9 tahun) mengalami masalah jantung yg perlu dibedah segera (bypass). Menitik air mata saya. Tabahnya babah dan uminya.. (post akan menyusul di kasehNYA).
syukran kasehkami dan semua.... hari ini semua nampak OK... CK doakan untuk anak2 sahabat kasehkami semoga selamat menjalani pembedahan...
Post a Comment