Program Konvoi Amal Syawal tahun ini nampaknya lebih bermakna dan meriah daripada tahun-tahun sudah. Sejak Ramadhan lalu, berdikit-dikit tabung diisi... namun, insiden kehilangan sejumlah isinya tiada siapa yang menduga! Optimis... ianya sedikitpun tidak melemahkan semangat kru bertugas... mudah-mudahan peristiwa itu mencurah hikmah yang maha besar untuk warga SMATIM. (hingga kini kes kehilangan pungutan tabung itu masih misteri...dengan kata lain, antu raya yang menapaw RM itu masih terbang bebas berlegar-legar di sekitar kita... hoooo hooooo hoooo!!)
Berbanyak penghargaan kepada penyumbang yang telah sudi menghulur sedikit mahupun banyak, syiling mahupun kertas... Dan sukacita dikabokan jumlah kutipan setakat ari ini adalah sebanyak RM1,420.00! Wow! satu jumlah yang benar-benar di luar jangkaan...tapi syyyy, jangan bising-bising...nanti antu raya dengar!... Shoh! pi main jauh-jauh ya antu raya...siiiibok jeee!
Syukran membukit jua buat penyumbang pakaian terpakai... Banyaknya hingga membukit jua di bilik kak nur. Mujur juga ramai yang membantu untuk menguruskan pakaian terbabit sehingga dibungkus comel dalam plastik hamper berwarna warni...
Hari ini, segala hasil kutipan tabung telah diguna buat membeli barangan dapur untuk 20 buah keluarga pelajar yang terpilih. Terima kasih tak terhingga buat rakan-rakan sepanitia yang bersusah payah - azlan, ajis joe, kak nur, lansian, dianah (mok chad) dan alina.
Moga program konvoi kita sabtu ini akan berpahala dan berjalan baik. Meh pakat kita ziarahi anak didik sebagai satu tanggungjawab sosial yang terpikul di bahu kita para pendidik! Justeru, apa lagi?? Sertailah kamiiii!
Berbanyak penghargaan kepada penyumbang yang telah sudi menghulur sedikit mahupun banyak, syiling mahupun kertas... Dan sukacita dikabokan jumlah kutipan setakat ari ini adalah sebanyak RM1,420.00! Wow! satu jumlah yang benar-benar di luar jangkaan...tapi syyyy, jangan bising-bising...nanti antu raya dengar!... Shoh! pi main jauh-jauh ya antu raya...siiiibok jeee!
Syukran membukit jua buat penyumbang pakaian terpakai... Banyaknya hingga membukit jua di bilik kak nur. Mujur juga ramai yang membantu untuk menguruskan pakaian terbabit sehingga dibungkus comel dalam plastik hamper berwarna warni...
Hari ini, segala hasil kutipan tabung telah diguna buat membeli barangan dapur untuk 20 buah keluarga pelajar yang terpilih. Terima kasih tak terhingga buat rakan-rakan sepanitia yang bersusah payah - azlan, ajis joe, kak nur, lansian, dianah (mok chad) dan alina.
Special TQ buat mereka yang ringan tangan berpayahan membungkus membalut segala - Som, Nora, Jenn, Kak Del, Kak zarina, emmily, sofyani, helen, thin, has, sumarni, kak sal...time kasih daun keladi! Ajis Ludin dan Badin- yang berpenatan mencari beras... Jua yang banyak menyokong- kak tim, aishah, kak setih, nazifah, kak fat, abe nuar, naron, zamri...dan semua rakan sejawat (guru & AKS) yang tak sempat disebut di sini...
Antara pakaian terpakai sumbangan ikhlas rakan guru... masih cantik woo!
Antara pakaian terpakai sumbangan ikhlas rakan guru... masih cantik woo!Moga program konvoi kita sabtu ini akan berpahala dan berjalan baik. Meh pakat kita ziarahi anak didik sebagai satu tanggungjawab sosial yang terpikul di bahu kita para pendidik! Justeru, apa lagi?? Sertailah kamiiii!







No comments:
Post a Comment