Sudah seminggu 1 Syawal berlalu... kepada yang sedang mengerjakan puasa 6, selamat berpuasa dan 'berhari raya'. Kemeriahan Syawal di ceritakudat ini sebenarnya keseronokan anak-anak berhari raya, mengutip duit raya dan menyambut tetamu yang datang... Umi dan baba yang dah berusia ini hanya mampu menghimpun doa moga-moga ini Syawal terakhir kita di bumi Kudat ini!
Sudah lama rasanya tidak menyambut hari raya bersama ibu bapa, adik beradik, sanak saudara, ipar duai, anak-anak buah... sudah terlalu lama juga rasanya kita tidak dapat mengecapi kesyahduan menziarahi mereka yang telah pergi meninggalkan kita.... walhal inilah erti sebenar hari raya bagi mereka yang telah dewasa... tidak berbaju baru, berjuadah meriah pun tidak apa asalkan dapat merasai keberadaan bersama keluarga....
Namun kemaafan jua kami pohon pada Alang sekeluarga kerana tidak berkesempatan untuk berhari raya di Kinarut bersama kalian. Kami tersilap jangka sebenarnya... terlupa pula 1 Syawal jatuh pada hari Rabu, bererti hari raya ketiga yang telah disepakati sebagai open-house kami rupanya pada hari Jumaat... jadi tak larat lah pula nak ke KK pada hari Sabtu dan pulang pada hari Ahad,sedangkan keesokannya dah sekolah! Maaf ye Alang...Maklang...Kak Syida..Abang Fais...Kak Chah dan Dadek!
Insya Allah kami berjanji Deepavali nanti kami sampai ler ke Kinarut! Biskut raya pun umi dah tempah untuk second round!
Kepada semua pengunjung ceritakudat tolong doakan ini adalah Syawal terakhir kami di sini.... cukuplah rasanya selama 8 tahun di sini.... kami ingin pulang! Ya Allah...permudahkanlah segala urusan kami....
Cukuplah dahulu umi dan baba jauh di rantauan, selama 5 tahun berkelana tak pernah sekali pun mengenal Syawal bersama keluarga..... hanya kesabaran dan semangat juang sahaja yang mampu menguatkan jiwa muda umi dan baba saat itu... begitulah di sini hanya kesabaran dan tawkkal yang menguatkan kita semua.... kami ingin pulang... doakan kami di Syawal terakhir ini....
Thursday, October 9, 2008
Syawal terakhir ini....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





2 comments:
isk...isk....cian ke demo...
tak per...nanti dah balik semenanjung, raya pepuas yerr
Selamat pulang..insya allah...saya tunggu kat terengganu...Kasehkami tunggu kat jb...sedia berkhidmat di mana sahaja....
Post a Comment