Pada suatu hari kami bersembang-sembang... Umi, 13 hari lagi kita raya...
Amboi! Umayr... semangatnya... Umayr puasa tak?
Tak.... (umayr tersengih...)
Orang yang tak puasa tak boleh beraya... abang Khayr saja yang boleh...
Dhuha boleh... Dhuha sahur bah!
Iya lah... sahur waktu pagi... tapi tengahari Dhuha makan kan?
Eeee! Dhuha sahur... boleh raya lah...
( umi pening kepala! )
Umi... abang Khayr minum air rumah abang Sofi...
Iye mayr? A aa... abang Khayr terlupa agaknya tu...
( dalam hati umi husnu zhon! Nak 'kena' abang Khayr ni...)
Memang memeningkan kepala nak istiqamahkan puasa budak-budak ni... Bila difikirkan balik, umi dengan baba tak boleh mengalah dengan kerenah kalian... nama lagi belajar kan? Puasa yang yok pun OK ler... Masih berbaki suku lagi Ramadhan... sebenarnya masih banyak lagi nilai-nilai puasa yang kalian belum belajar... erti kesabaran, amanah, bersifat belas kasihan... Tapi umi tengok abang Khayr ni power betul! Kalau main waktu cuti macam biasa jer... berhabisan betul! Main badminton lah, basikal lah... Mungkin juga sebab cuaca tak panas... asyik hujan saja akhir-akhir ni... Dah tu suka pula pergi lepak-lepak rumah abang Sofi... (seronok gamaknya depa ni takde budak kecik jadi dok melayan hangpa saja lah ye...) Acapkali juga umi melarang tak baik pergi rumah orang lama-lama tapi hangpa ni bolos jugak! Bab sabar bermain ni memang umi salute dengan abang Khayr dan Umayr... cuma yang tak sabarnya time bergaduh tu... Ada saja lah kes-kes yang timbul.... silap-silap umi dan baba pun hilang sabar ni!
Baik lah anak-anak banyak lagi perkara-perkara di sebalik ibadah puasa yang umi dan baba belum cerita... Insya Allah kita lalui Ramadhan yang masih berbaki ini bersama-sama ye anak-anak... terutamanya mengenai LAILATUL QADAR ! Apa tu??? Sabar...sabar... nanti umi cerita...(dalam entri khas, insya Allah)
--------------------------------------------
20 hari Ramadhan berlalu... cepatnya... Alhamdulillah Ramadhan tahun ini lebih
Rahah!(melegakan) Sekurang-kurangnya umi kali ini berjaya menangani perihal menu berbuka. Tahun lepas tak dapat digambarkan kekalutan kita sekeluarga menghadapi Ramadhan kerana umi masih lagi dalam pantang! Rasanya kita lebih banyak mengharapkan gerai Kak Fadhilah! Namun tahun ini bazar Ramadhan pun kita tak jenguk... (takde mende nya nak dibeli...) Umi pun rajin luar biasa memasak kali ni... (he he he...)
Apa tidaknya jam 10 pagi dah mula masak lauk berbuka... ni jam 12 dah nak kena pergi sekolah! Walaupun terkejar2 begitu, terasa ada baiknya kerana umi tak perlu lagi kalut2 balik jam 5 petang nak masak! Kekadang umi tak sempat , kena pergi awal ke sekolah...baba ler pulak yang take turn memasak... Ish! Hebat juga aksi baba kali ni... umi cerita ekk... MEE GORENG MAMAK! KUEW TEOW UDANG! TOMYAM MAKCIK NONA! (pakai perencah tomyam nona he he he...) Bangga!
Seronok sebenarnya... menu ala kadar sahaja tetapi rasa amat bererti, lazat dan hebat bila dihasilkan di dapur kita sendiri! Beberapa hari lepas umi telah sediakan 2 resepi secara tak sengaja... jadi umi 'simpan' resepi ciptaan itu di sini supaya tak terlupa...
Apa tidaknya jam 10 pagi dah mula masak lauk berbuka... ni jam 12 dah nak kena pergi sekolah! Walaupun terkejar2 begitu, terasa ada baiknya kerana umi tak perlu lagi kalut2 balik jam 5 petang nak masak! Kekadang umi tak sempat , kena pergi awal ke sekolah...baba ler pulak yang take turn memasak... Ish! Hebat juga aksi baba kali ni... umi cerita ekk... MEE GORENG MAMAK! KUEW TEOW UDANG! TOMYAM MAKCIK NONA! (pakai perencah tomyam nona he he he...) Bangga!
Seronok sebenarnya... menu ala kadar sahaja tetapi rasa amat bererti, lazat dan hebat bila dihasilkan di dapur kita sendiri! Beberapa hari lepas umi telah sediakan 2 resepi secara tak sengaja... jadi umi 'simpan' resepi ciptaan itu di sini supaya tak terlupa...
Resepi 1: Ikan Solok Sumbat
Bahan2:
Bahan2:
1/2 kg ikan kembung segar
1 biji kelapa parut
1 biji kelapa parut
3 batang serai
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
halia
daun kesum
daun sup
udang kering
3 biji telur
bahan perasa
Cara membuatnya:
1) Bersihkan ikan dan buang tulang tengahnya dengan cara
mematahkan bahagian tulang dileher dan ekor ikan
2) Semua jenis bawang(merah +putih sahaja) + halia + serai + cili
ditumbuk bersama udang kering
3)Daun kesum+daun sup + bawang besar dihiris halus-halus
4)Gaulkan kesemua bahan ini bersama kelapa parut tadi
5)Pecahkan telur ke dalam campuran kelapa dan gaul hingga sebati
6)Masukkan bahan perasa sesedap rasa
7)Sumbatkan campuran kelapa ke dalam perut ikan tadi
8)Goreng di dalam minyak yang banyak dan panas!

Resepi 2: Ayam Berempah Beriani
Bahan-bahannya:
1)6 ketul ayam dipotong besar
2)4 sudu besar rempah beriani
3)3 sudu besar rempah kari ayam
4)5 ulas bawang putih
5)halia
6)setengah cawan bawang goreng
7)1 paket santan segera
8)1 biji tomato
9)Bahan perasa
Cara membuatnya:
1) Tumbuk bawang putih + halia + bawang goreng hingga lumat
2) Tumiskan dan masukkan rempah beriani dan rempah kari selepas beberapa ketika
3) Tumis hingga rempah masak dan pecah minyak
4) Masukkan ayam
5) Masukkan santan yang telah di 'blender' bersama tomato
6)Masukkan bahan perasa (gula, garam, kiub magi)
7)Masak sehingga kuah menjadi pekat
8)Hidangkan bersama taburan bawang goreng dan hirisan daun bawang
>>>>sedap dimakan bersama roti!<<<<
_ SELAMAT MENCUBA!!!_





No comments:
Post a Comment