Saturday, September 6, 2008

IKAN SUMBAT v/s SOLOK IKE

Dah lama tak masuk CeritaKudat ni sebab tak sempat dan ke'capekan'! Al-maklum ler baba gi kursus mula Selasa 2 Ramadhan , kelmarin baru pulang tu pun dekat2 nak berbuka baru sampai. Sedang eloknya segala bahan dapur dah abis jadi umi pegi la shoping2 kat pasar pagi kelmarin. Pegi naik 'peret'(van sapu). Lama tak masuk pasar seronok juga... meriah rupanya kat sini orang berbelanja untuk berbuka... Rahmat Ramadhan agaknya barang2 tak ler terasa mahal sangat, mungkin juga sebab umi beli sikit2. Di pasar ikan pun macam tu juga... meriah jer ikan-ikannya dan hasil mahsul laut yang lain... Umi beli ikan kembung RM 2.00 (1/2 kg saja...), Tenggiri sederhana besar 2 ekor baru RM 8.00 dan yang mahal sikit ketam RM 8.00 sekilo... kerana baba takpe la mahal sket (nak masak spesel ni gulai lemak cili api ke...kari ketam ke...) Tak boleh juga nak berlama-lama kerana hari ni Jumaat, jam 11.30 umi pun naik teksi uncle Cina sebab barang banyak sangat... (tambang pun mahal... ( ! Dalam teksi uncle tu tanya umi... Cigu ni dari mana? Kelantan...
Ooo itu Kelantan PAS kan, 5 negeri sudah jatuh...
Uncle tunggulah nanti Sabah pula... sekejap lagi...
Ya Ya baguss tu... mahu tukar baru ooo... Heh..Heh...Heh...!!! (tengok ler nanti apa nak jadi kat tanahair kita ni....)

Di rumah... terus umi masuk DAPUR, kerjakan barang2 tadi... nak kena cepat2 gak masak nanti lepas Jumaat nak ke sekolah pula.... puas ler umi memesej kroni2 di Kelate tanya resepi solok ike tokmi dan al -hasilnya tengahari kelmarin : IKAN SUMBAT (bukan solok ike, resepi sebenar ada dalam blog tokbah)dan KARI KETAM RAMUNGGAI ( spesel untuk BABA!)

(gambar2 takde... bateri kamera tak cas! Apa pun seronok bila masa berbuka Umayr cakap sambil mata terbeliak HEMMM! SEDAPNYA UMI IKAN NI!!!) Alhamdulillah....hari ni nak cuba buat SOLOK IKE sebenar pula!

1 comment:

Rush Murad said...

terliur la plak baca entry kali ni.... solok ikan... ikan cencaru sumbat sambal... pergghhhh....