Friday, September 12, 2008

Seminggu Ramadhan...


Sudah 12 hari Ramadhan bertamu... begitu cepatnya... waktu di alaf ini sudah seperti bilah-bilah pisau maha tajam yang akan mencantas apa sahaja di hadapannya... Cerita-cerita di CeritaKudat ada pelbagai versi dan ragam, namun kesempatan untuk mencatat hari-hari agak terbatas kerana rutin yang berbeza Ramadhan kali ini.

Hari ini (11 Ramadhan) agak berbeza dari kebiasaan kerana menu berbuka dimasak oleh Chef BABA! Betapa seronoknya umi bila baba telefon dari sekolah dan meng'offer' kan diri untuk memasak! Walhal pada saat itu umi sedang menggetel ondeh-ondeh dengan abang Khayr di dapur. (Mujur tak masak lauk lagi...)

Istimewanya hari ini selain dari AYAM MASAK LEMAK CILI API TAK BERAPI BABA dan ONDEH2 UMI&ABANG KHAYR ialah SHAY MARAMIYEH... masya Allah aromanya.... membasahkan segala ingatan di bumi Urdun... Inilah sahaja hidangan di meja selain pisang lemak manis, kurma dan air ribena... Alhamdulillah... umi tengok abang Khayr, Umayr dan Dhuha makan dengan berselera sekali... pandai baba masak... masak lemak cili api tak berapi pun! Apa tidaknya, Awfa pun boleh makan... umi dan baba berusaha bermujahadah untuk bersederhana... makan seadanya seperti biasa juga... kalau boleh biarlah tak ada rezeki yang terpaksa disedekahkan kepada burung-burung, kucing dan 'kalbun'! Berbeza dengan 2 hari sebelum, dapur kita off kerana umi tak berkesempatan untuk memasak sebelum ke sekolah. Jadi petangnya kena lah mencari makanan berbuka di gerai Kak Fadhilah (pengasuh abang Khayr dan Umayr masa kecik2). Ada lakse, lopat tike, murtabak, beke, bubur, mee kari, mee sup, lopeh dan macam2 lagi! Kalau ke sana tentunya habis paling kurang RM 10!
Sesekali tu takpe... jangan lah selalu ye... (umi ye...???)

Cerita bersahur pun seronok juga... biasanya umi masak, supaya abang Khayr, Umayr dan Dhuha berselera. Kadang2 sandwich sardine, sandwich tuna, nasi goreng... Adakalanya awfa pun bangun tumpang sekaki nak bersahur... Adakalanya umi dan baba bersahur dulu, kalian kami lambatkan waktu bersahur... nampak berkesan juga cara ini kerana Abang Khayr dan Umayr nampaknya boleh bertahan. Dhuha tak miss bersahur, tapi jam 12 balik sekolah kena bersahur lagi dengan air milo ataupun biskut! Umayr dan abang Khayr pun bermotivasi tinggi untuk bersahur ... bangun dengan mudahnya tanpa kerenah! Alhamdulillah... tapi ada sebabnya tu... tak habis makan lagi dah minta... Hemmm! Seronok bersahur rupanya kerana ada $ ++!!

Jika berjaya berpuasa sehingga berbuka ada lagi $++ nya... tetapi jika 1/2 hari dapat ler 1/2 juga... jadi setakat ini abang Khayr lah mendahului pungutan $! Tahniah ye abang Khayr! Sehinggakan Carlson pun bermotivasi untuk cuba berpuasa tetapi masih belum berjaya lagi!
( Biarlah... agar kalian akan sentiasa ingat betapa indahnya Ramadhan kalian semasa anak-anak...)

Untuk Ramadhan kali ini umi dan baba berdoa dan berharap agar abang Khayr, Umayr dan Dhuha boleh BELAJAR melaluinya... mungkin tak banyak yang kalian faham tentang PUASA, tetapi umi dan baba bersyukur kerana kalian bersedia untuk belajar berpuasa... Moga-moga di Ramadhan yang masih berbaki 2 fasa terakhir ini Allah memberikan kekuatan kepada kita semua untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh keimanan dan keinsafan!Aaamiiin yaa Rabbal aalamiin.

No comments: