Friday, June 8, 2012
Diari cuti-cuti Jun: Kolam Air panas Kg La
Hari Selasa 6/6/2012, dalam keadaan separuh hati kami bertolak dari Machang ke Jertih, menuju ke kolam air panas Kampung La. Berbekalkan panduan ayoh Pih kami terus menuju ke Kg La. abang Fais, Kak Chah n dadek pun sama-sama dengan rombongan Mace. Masa kami bertolak tu dah pukul 10 pagi. Rupanya rombongan anjang, paksu jai, alang n tok mi tak bertolak lagi pun. Jauh juga perjalanan.... di Kg Alor Akar baba singgah beli buah tembikai 3 biji... tu je lah bekalan kami....
Setelah hampir 1 jam setengah perjalanan campur dengan sesat-sesat sikit kami akhirnya sampai ke kawasan ladang kelapa sawit Felda Tenang, Hulu Besut , Terengganu... inilah ulu Terengganu rupanya.... jalan berliku-liku, malah kami tak berselisih walau dengan sebuah kereta pun.... ish! biar betul... ni ke tempatnya....
Wahhh! Ramainya! Tak sangka begitu ramai sekali pengunjung di kolam air panas kampung la ini.... Kami tak tunggu lama.... letak jer barang-barang terus beraksi! Istimewanya kolam air panas ini ialah di atas adalah kolam tadahan air panas, manakala di bawah pula ada aliran sungai cetek dan ada air terjun kecil buatan yang mengalirkan air panas dari atas.
Seronok sungguh budak2 ni.... dalam setengah jam kemudian barulah rombongan depa tu sampai.... baju umi dah basah lencun bermandikan air panas....Best!
Sayang...kami tak ada gambar aksi habis habisan anak2 n cucu2 tokmi mandi manda di kolam air panas kampung la.... semua juara! Dah dekat nak asar baru masing2 bertolak balik ke Kelantan.... (kita orang dekat jer...)
Info tentang Kolam air panas Kampung La...
Sunday, May 20, 2012
Thursday, May 10, 2012
MAQLUBAH JORDAN
Kebetulan semasa tokbah, sumi and ayoh we kat Mahligai hari tu umi sempat cuba2 buat MAQLUBAH KAMBING (lamb) tak sangka la pulak menjadi! Alhamdulillah.... ini pun berkat pengalaman buat Maqlubah Dajajah utk kawan2 kat sekolah umi sebelum tu... jadi dah jumpa la rentak sebenar nak berMAQLUBAH!
Hmmmm... ini resepi MAQLUBAH untuk para peminat maqlubah... Sehatain wa a'fiah! (to be continued....)
Saturday, May 5, 2012
SRI MAHLIGAI:UNVEIL
Sunday, February 5, 2012
Mandi kolam di Rumahligai...

Kebiasaannya anak-anak CK diberi peluang mandi kolam di Sri Mahligai. Awal2 pagi dah sampai sana , KUDA apalagi dah tak sabar2 dah nak terjun kolam. Umi biasanya duduk2 di kafe, breakfast n buat kerja2 umi.... Baba selalunya ada je kerja2 yang tak siap kat sekolah....
Takde gambar tapi umi cilok dalam internet gambar kolam rumahligai!
Tuesday, January 17, 2012
2012...

2012 -menjanjikan cabaran serba baru untuk CK. Hari ini 17.01.2012 hari keputeraan umayr. Ada sambutan spesel di Westside Bistro Shah Alam. Sound like truly exsclusive you! Tapi sebenarnya cafe biasa saja.... apa yang paling penting kek n pastry di sini disediakan oleh Chef Muslim n dijamin halal! Umi dah reserve tempat untuk anak beranak CK.... n dah tempah kek birthday spesel untuk Umayr.Cuma satu jer yang tak berapa best umi tulis kat kek tu 9 Tahun! Umayr kan 10 tahun! Camane ye?
Mengenang sudah masuk minggu ke 3 Januari 2012, memang hari2 panjang yang amat memenatkan buat kami semua. Esp umi la.... pagi2 dah turun sama2, tak balik rumah dah, nanti malam baru umi balik n tukar uniform! waktu tu bateri umi betul2 dah off!
Tahun ini abang Khayr tahun 6, kelas abang Khayr mula jam 7.00 pagi n berakhir jam 1.30, jam 3.00-5.00 pergi kelas kafa, 5.00-7.00 tuisyen di sek 7.
Umayr n Dhuha takde tuisyen , cuma kelas kafa jer mula jam 3.00-5.00.
Awfa pulak dah masuk tadika Restu Kids, awfa turun sekolah sama2 dengan orang lain n umi. Biasanya awfa lah orang pertama yang sampai sekolah. Tengahari van hantar pergi skul baba.
Jadual umi pula bermula pagi2 dengan awfa, sementara tunggu kelas mula jam 8.00 mcm2 umi kena buat layan awfa tak bagi perangai. Biasanya kami jalan2 pusing yayasan, naik lif, turun lif, pergi kafe breakfast, bagi makan ikan.... ape2 saja supaya awfa tak perangai. Bila awfa masuk kelas umi kalau rajin lepak2 dulu kat kafe, sembang2 dgn makcik2 yg attend kelas pengajian kat situ. Biasanya setiap hari umi ada misi yang kena selesaikan! Tahukah anda hampir setiap hari umi berjalan kaki!
Thursday, September 22, 2011
Sebelum baru ada lama...
Tuesday, September 20, 2011
jom ke perpustakaan!


Masa library masih lagi di tengah pusat bandaraya shah alam ni, kami selalu berhujung minggu di sana.Awal2 pagi lagi.... lagipun kat sana ada kafe yang sedap.... bersebelahan muzium negeri lagi... Bila dah berpindah ke lokasi baru ni kami tak sampai2 lagi.... ni nak ajak hangpa semua pergi...umi rasa tempat ni mesti BEST!
ideadeko umi
Selamat datang....jemput ke dapur....
bilik air amat penting..... untuk master bedroom dan juga bilik berbedak... hmmmm....
deko ini amat menarik kerana memberi idea untuk laluan masuk dan di bawah tangga..., pembahagi ruang di ruang makan dan juga island berlaci....
yang mana satu pilihan kalbu....
ini idea pilihan untuk ruang tamu....putih, biru n kelabu....
macam ni pun suka jugak...cokelat n klasik....
Sunday, September 11, 2011
Tuesday, August 30, 2011
Monday, August 29, 2011
Menu special hari istimewa!
Hmmm....rempah maqlubah ada tapi boring la asyik2 maqlubah je, hari tu tengok dalam jejak rasul di ukraine makcik tu masak nasi plov... ape mende tu? So cari2 jumpa resepi ni, tak la susah boleh cuba try test!
How to make P-LOVE rice
250-300 grams minyak zaitun/minyak bunga matahari
1 kg daging (lembu/kambing)
1 kg carrots
1/2-1 kg bawang besar/bawang bombay(250 grams kacang pea, jika ada)1 kg beras
air mendidih dan air sejuk, (which you'll eyeball on a few occasion)
"plov spices" - with barbaris (barberry), cumin, coriander, and peppercorns(terjemah sendiri la...boleh digantikan dengan rempah nasi bukhari tapi saya nak try guna rempah maqlubah)
garam dan bahan perasa secukup rasa.
Langkah-langkahnya:
Apabila semuanya sudah berwarna coklat, masukkan air mendidih sehingga menutupi
campuran daging tadi.Masukkan rempah plov dan garam secukup rasa anda.Biarkan sehingga mendidih beberapa minit.
On Dalam masa yang sama basuh beras dengan air sejuk (cold water to prevent it from getting soggy later on) . Masukkan beras ke dalam mangkuk/besen , dan tuangkan air mendidih ke dalamnya sehingga menenggelami beras.Biarkan seketika untuk beberapa minit.
3. Kemudian masukkan beras ke dalam campuran plov tadi (daging, bawang , karot dan kacang pea)
Masuk kan beberapa kuntum bunga cengkih.Masukkan air kedalam campuran nasi plov tadi dengan anggaran dua jari ("two fingers worth" of water)
.
Selepas seketika, buka penutup dan pastikan sama ada nasi sudah masak atau belum.Nasi mungkin belum lagi masak sepenuhnya,Jadi kaupkan ia ke atas seperti gunung, dan tekan2 supaya nasi boleh bernafas.... macam dalam gambar tu....Kecilkan api dan tutup semula dengan tudung.
Sementara menunggu boleh sediakan acar/salatah
Bukak kembali tudung periuk, apabila nasi sudah masak, keluarkan daging dan potong halus-halus.Susun potongan daging tadi di atas nasi plov anda!
Taraaaaaaaaaaa..... P-LOVE anda sudah siap! Jom cuba, kalau tak jadi jangan marah saya ye!
Saturday, August 20, 2011
Comelnya kamu....
Tuesday, May 17, 2011
Tuesday, February 1, 2011
2011 sudah.....
lokasi: Taman Masjid Negeri Shah Alam.... kekadang tak tahu nak gi mana... so kami jalan-jalan Shah Alam saja...Hari ini sudah 1 Februari 2011.... sekolah dah cuti sempena CNY...tapi sekolah anak-anak hari Rabu ini baru mula.So kami tak ke mana-mana... hujung minggu ni tokbah n tokmi datang.... kalau jadi boleh ajak gi tengok rumah baru. He...he.... ketawa lah...sedih pung banyak jugak.
banyak cerita yang tak terakam di sini... adakala perlu juga tulis....ada juga yang mesti berkubur sebagai rahsia....biarlah rahsia.... apa-apa pun anak-anak ceritakudat sudah makin membesar. Sekarang ni dah boleh prepare2 bukak kelab cari menantu pulak!
Cuma suasana dah berubah... pejam celik dah tahun ketiga di sini....Abang Khayr dah 11 thn, Umayr 9 thn-tahun ni bergaya dgn vest jadi ketua kelas...nampak lebih fokus dan serius...Dhuha 8 tahun... rajin buat homework kalau tak badmood....kadang2 kerja2 umi Dhuha banyak tolong.... contohnya pagi kelmarin umi rasa umi dah hilang ingatan coz lupa bila umi basuh pinggan mangkuk kat dapur....rupa2nya Dhuha yang basuhkan....TQ Dhuha!Awfa? Dah 4 tahun...sepatutnya masuk playschool tapi umi tengok Awfa ni cepat belajar, mudah ingat.... cuma satu jer tak suka sekolah!
Well.... banyak perkara yang nak kena kejar.... umi harap biarlah salah seorang baba atau umi cuti belajar tahun ni.... banyak masa kena fokus untuk abang Khayr yang masih tak pandai nak fokus dan serius belajar...
Mungkin tahun ni umi dan baba dah buat keputusan di sinilah tempat kami....untuk berapa lama itu tak tahu.... tapi nampaknya stop dululah nak balik bertapak di Kelate. rumah kat sana pun dah cancell! Harap=harap projek baru ni berjalan dengan lancar....Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami..... berikanlah kami yang terbaik Ya Allah...
Kalau rajin ...umi akan kembali mengeblog...tapi sekarang ni ada FB, lebih senang ber FB kan?
Friday, July 16, 2010
TRANSIT

Ketika memohon perpindahan dari Sabah ke Semenanjung dulu, apa yang ada dalam fikiran kami ialah untuk berada setanah dengan keluarga. Ditakdirkan Allah kami ditempatkan di Shah Alam. Sudah setahun setengah kami di sini. Kedua-dua kami berjuang dalam senyap untuk cuba menyebatikan diri dengan gaya hidup di bandaraya lanskap ini. Tiada keseronokan yang kami temui melainkan saat-saat menyantaikan jiwa di masjid berkubah biru yang terbesar di dunia itu! Selebihnya adalah kekalutan bergelut dengan masa dan jarak.
Pada suatu ketika kami meletakkan matlamat untuk bermukim 5 tahun di sini. Paling kurang sehingga abang khayr menghabiskan sekolah rendahnya. Dalam tempoh itu kami sebenarnya merancang untuk membeli rumah di sini.Biar dekat dengan sekolah kami dan sekolah anak-anak. Fizikal kami juga sudah memprotes! Tiada lagi kesanggupan untuk mendaki ke tingkat lima 2 kali sehari! Hatta Awfa sekali pun.
Imaginasi cemerlang! Setiap kali ada makluman tentang perumahan baru di sekitar Shah Alam ini kami pasti ambil tahu. alam Villa, Alam Impian, Camellia, Denai Alam, Bukit jelutong, Seksyen 9, Seksyen 2, Casa Villa..... semuanya bermula 500 K ke atas , ada yang mencecah 1.5 juta! Mak Teh kata rumah berangan.... sememangnya tak mampu dan tidak akan mampu untuk memiliki sebuah rumah yang memenuhi citarasa dan kehendak di shah Alam ini.
Kembara umi mencari rumah di internet tak pernah berkesudahan.Sehinggalah pada suatu malam umi terfikir kenapa tak servey rumah di Kelantan sahaja. Detik itulah yang membawa kepada progres yang sedang kami lalui ini. Sebuah iklan, sebuah panggilan yang akhirnya membawa kami kepada hamparan cabang penyelesaian hampir semua dilema dan kekangan yang kami lalui.
Misi Umi. Seminggu selepas panggilan pertama,Hari Sabtu, malam umi dan anak-anak pulang membawa misi: INGIN LIHAT bagaimanakah rupanya rumah yang diiklankan itu... Hmmm COMEL! itu sahaja yang boleh umi gambarkan kepada baba bila baba bertanya lewat telefon. Tokbah, tokmi teruja dengan rumah ini. apatah lagi pemilik rumah ini adalah saudara mara kepada sepupu kami sendiri. Tanpa kepastian kami rahsiakan dahulu dari makluman keluarga di PC esp Tok Mi....maaf deh...Hari Ahad, malam umi menaiki bas pulang membawa sebanyak mungkin maklumat untuk dibentangkan pada baba.
Misi Umi dan Baba. Seminggu selepas itu...Hari Sabtu, kami berkereta pulang ke Kelantan. Misi kali ini adalah untuk memuktamadkan perbincangan. Akhirnya kami membawa Tok Mi PC ke lokasi rumah yang hanya beberapa minit dari rumahnya. Alhamdulillah, Tokmi menyokong penuh, tok mi menerima dengan gembira... Restu Tokmi PC, tokmi dan tokbah sudah cukup besar buat kami. Apatah lagi abang-abang dan adik-adik turut menyokong...
Misi Baba. Besok baba pula yang akan pulang berurusan. Beberapa minggu ini terasa bumi Kelantan hanya beberapa meter sahaja dari kami... Tiada doa lain , hanya beristikharah memohon Allah mempermudahkan segala urusan jika ini adalah yang terbaik buat kami dan semua insan di sekeliling kami.
Doakan kami ye....
Imbas kembali :Railway Hidup kami....
JORDAN----5 tahun----UIAM----1 tahun----KUDAT--- 8 tahun----SHAH ALAM----( 2 tahun shj insyaa Allah)----(KELANTAN...Home Sweet Home)
Manusia ini hanya mampu merancang, Allah jualah yang menentukan noktah perjalanan hamba-hambaNya, wallahu a'lam bissawab.
Wednesday, March 31, 2010
Chaak! Ini ahli keluarga kami yang baru.... baby ni tak ada nama lagi tapi ceritakudat namakan dia NAWAL BUSHRO..... cantik tak.... ini anak ayoh pih yang nombor dua.... yang first Fawwaz... skrg ni Fawwaz dok mace sebab baby NAWAL BUSHRO ni kena jaundis.... takpe la mokwa n ayoh pih rehat2 jaga baby.... TAHNIAH wa alaaf mabruk dari kami!






























