
Ketika memohon perpindahan dari Sabah ke Semenanjung dulu, apa yang ada dalam fikiran kami ialah untuk berada setanah dengan keluarga. Ditakdirkan Allah kami ditempatkan di Shah Alam. Sudah setahun setengah kami di sini. Kedua-dua kami berjuang dalam senyap untuk cuba menyebatikan diri dengan gaya hidup di bandaraya lanskap ini. Tiada keseronokan yang kami temui melainkan saat-saat menyantaikan jiwa di masjid berkubah biru yang terbesar di dunia itu! Selebihnya adalah kekalutan bergelut dengan masa dan jarak.
Pada suatu ketika kami meletakkan matlamat untuk bermukim 5 tahun di sini. Paling kurang sehingga abang khayr menghabiskan sekolah rendahnya. Dalam tempoh itu kami sebenarnya merancang untuk membeli rumah di sini.Biar dekat dengan sekolah kami dan sekolah anak-anak. Fizikal kami juga sudah memprotes! Tiada lagi kesanggupan untuk mendaki ke tingkat lima 2 kali sehari! Hatta Awfa sekali pun.
Imaginasi cemerlang! Setiap kali ada makluman tentang perumahan baru di sekitar Shah Alam ini kami pasti ambil tahu. alam Villa, Alam Impian, Camellia, Denai Alam, Bukit jelutong, Seksyen 9, Seksyen 2, Casa Villa..... semuanya bermula 500 K ke atas , ada yang mencecah 1.5 juta! Mak Teh kata rumah berangan.... sememangnya tak mampu dan tidak akan mampu untuk memiliki sebuah rumah yang memenuhi citarasa dan kehendak di shah Alam ini.
Kembara umi mencari rumah di internet tak pernah berkesudahan.Sehinggalah pada suatu malam umi terfikir kenapa tak servey rumah di Kelantan sahaja. Detik itulah yang membawa kepada progres yang sedang kami lalui ini. Sebuah iklan, sebuah panggilan yang akhirnya membawa kami kepada hamparan cabang penyelesaian hampir semua dilema dan kekangan yang kami lalui.
Misi Umi. Seminggu selepas panggilan pertama,Hari Sabtu, malam umi dan anak-anak pulang membawa misi: INGIN LIHAT bagaimanakah rupanya rumah yang diiklankan itu... Hmmm COMEL! itu sahaja yang boleh umi gambarkan kepada baba bila baba bertanya lewat telefon. Tokbah, tokmi teruja dengan rumah ini. apatah lagi pemilik rumah ini adalah saudara mara kepada sepupu kami sendiri. Tanpa kepastian kami rahsiakan dahulu dari makluman keluarga di PC esp Tok Mi....maaf deh...Hari Ahad, malam umi menaiki bas pulang membawa sebanyak mungkin maklumat untuk dibentangkan pada baba.
Misi Umi dan Baba. Seminggu selepas itu...Hari Sabtu, kami berkereta pulang ke Kelantan. Misi kali ini adalah untuk memuktamadkan perbincangan. Akhirnya kami membawa Tok Mi PC ke lokasi rumah yang hanya beberapa minit dari rumahnya. Alhamdulillah, Tokmi menyokong penuh, tok mi menerima dengan gembira... Restu Tokmi PC, tokmi dan tokbah sudah cukup besar buat kami. Apatah lagi abang-abang dan adik-adik turut menyokong...
Misi Baba. Besok baba pula yang akan pulang berurusan. Beberapa minggu ini terasa bumi Kelantan hanya beberapa meter sahaja dari kami... Tiada doa lain , hanya beristikharah memohon Allah mempermudahkan segala urusan jika ini adalah yang terbaik buat kami dan semua insan di sekeliling kami.
Doakan kami ye....
Imbas kembali :Railway Hidup kami....
JORDAN----5 tahun----UIAM----1 tahun----KUDAT--- 8 tahun----SHAH ALAM----( 2 tahun shj insyaa Allah)----(KELANTAN...Home Sweet Home)
Manusia ini hanya mampu merancang, Allah jualah yang menentukan noktah perjalanan hamba-hambaNya, wallahu a'lam bissawab.
Friday, July 16, 2010
TRANSIT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





2 comments:
salam...beli umah yer kat kelate...? macam umah dlm gmabo tu ke? yeah tinggal kat kelate yer kak...moga Allag mudahkan urusan kak sekeluarga..amin !
iye lah kin.... harap2nya gitulah... doa2kan urusan dipermudahkan.... nanti bolehlah jumpa selalu kan?
Post a Comment