Thursday, May 10, 2012

MAQLUBAH JORDAN


Kebetulan semasa tokbah, sumi and ayoh we kat Mahligai hari tu umi sempat cuba2 buat MAQLUBAH KAMBING (lamb) tak sangka la pulak menjadi! Alhamdulillah.... ini pun berkat pengalaman buat Maqlubah Dajajah utk kawan2 kat sekolah umi sebelum tu... jadi dah jumpa la rentak sebenar nak berMAQLUBAH!


Hmmmm... ini resepi MAQLUBAH untuk para peminat maqlubah... Sehatain wa a'fiah! (to be continued....) 

Bahan-bahan maqlubah:

1 ekor ayam (potong 4/6)/ 2 peket lamb
5 pot beras basmathi (rendam sekejap)
rempah maqlubah/ allspices/campuran rempah kurma+rempah sup
4-5 labu bawang besar
2 kiub magi
sup bunjut
( ayam/ kambing direbus bersama rempah, hirisan bawang besar, kiub magi, sup bunjut n garam)

sayur-sayuran:

zahrah/bunga kobis
terung
karot
batoto/ubi kentang
(semua sayur dipotong slices n di goreng garing- ketepikan)

salatoh:

tomato,
 timun zuchini/timun biasa,
kobis purple
lada benggala merah,hijau,kuning
 perahan lemon/limau nipis/kasturi
hirisan lemon n hirisan pudina
gula,garam

( tomato , timun n llada benggala potong dadu, kobis hiris nipis, gaulkan dengan semua bahan perahan n hirisan tadi boleh masukkan hirisan lada jika suka)

Cara masak.

1. alas periuk dengan kertas aluminium
2. layerkan dengan beras, lauk, sayur bersilih ganti
3.masukkan air rebusan hingga menutupi lapisan tadi
4.masukkan sedikit lagi rempah maqlubah, n kiub magi n sedikit garam
5.jerang, jika atas api pakai api kecil.
6. bila dah masak, maqlub-kan atas dulang, n sedia untuk dihidang!

lagi Arab kalau disediakan bersama laban/natural yogurt!

(selamat bereksperimen sampai jadi....he he...)





No comments: