Monday, August 29, 2011

Menu special hari istimewa!


Hmmm....rempah maqlubah ada tapi boring la asyik2 maqlubah je, hari tu tengok dalam jejak rasul di ukraine makcik tu masak nasi plov... ape mende tu? So cari2 jumpa resepi ni, tak la susah boleh cuba try test!


How to make P-LOVE rice

250-300 grams minyak zaitun/minyak bunga matahari

1 kg daging (lembu/kambing)

1 kg carrots

1/2-1 kg bawang besar/bawang bombay(250 grams kacang pea, jika ada)

1 kg beras

air mendidih dan air sejuk, (which you'll eyeball on a few occasion)

"plov spices" - with barbaris (barberry), cumin, coriander, and peppercorns(terjemah sendiri la...boleh digantikan dengan rempah nasi bukhari tapi saya nak try guna rempah maqlubah)

garam dan bahan perasa secukup rasa.

Langkah-langkahnya:

1.Panaskan minyak di dalam periuk besar, goreng bawang dan daging sehingga berwarna keperangan.Kemudian masukkan carrot dan kacang pea jika ada.Kacau goreng buat seketika.



Apabila semuanya sudah berwarna coklat, masukkan air mendidih sehingga menutupi

campuran daging tadi.Masukkan rempah plov dan garam secukup rasa anda.Biarkan sehingga mendidih beberapa minit.

On Dalam masa yang sama basuh beras dengan air sejuk (cold water to prevent it from getting soggy later on) . Masukkan beras ke dalam mangkuk/besen , dan tuangkan air mendidih ke dalamnya sehingga menenggelami beras.Biarkan seketika untuk beberapa minit.





3. Kemudian masukkan beras ke dalam campuran plov tadi (daging, bawang , karot dan kacang pea)







Masuk kan beberapa kuntum bunga cengkih.Masukkan air kedalam campuran nasi plov tadi dengan anggaran dua jari ("two fingers worth" of water)




.

Selepas seketika, buka penutup dan pastikan sama ada nasi sudah masak atau belum.Nasi mungkin belum lagi masak sepenuhnya,Jadi kaupkan ia ke atas seperti gunung, dan tekan2 supaya nasi boleh bernafas.... macam dalam gambar tu....Kecilkan api dan tutup semula dengan tudung.




Sementara menunggu boleh sediakan acar/salatah

Bukak kembali tudung periuk, apabila nasi sudah masak, keluarkan daging dan potong halus-halus.Susun potongan daging tadi di atas nasi plov anda!








Taraaaaaaaaaaa..... P-LOVE anda sudah siap! Jom cuba, kalau tak jadi jangan marah saya ye!

No comments: