skip to main |
skip to sidebar
Semalam, seawal jam 5.00 pagi, semua dengan cergas dah bangun! Ke mana kita hari ini ya? Hari ni, Majlis Konvokesyen Tadika Intensif Cahayaku Peringkat Negeri akan berlangsung di dewan Yayasan Sabah Kota Kinabalu... Jam 5.30 pagi kereta baba meluncur laju membelah awal pagi yang masih gelap dan berkabus...
Alhamdulillah, perjalanan ke KK tiada masalah. Awfa pun baik je... Semua orang cool... tak ada gaduh-gaduh berebut itu ini. Sampai di KK, dua orang graduan Cahayaku bergegas ke dewan. Sesi reheasal baru sahaja bermula. Majlis Konvo kali ini menggabungkan 4 tadika. Kudat, Kota Belud, Likas dan KK.
Sesudah reheasal, masa masih panjang. Majlis akan bermula jam 1 nanti. Janji nak ke 1Borneo-The Largest Hypermall in Borneo mula dibisingi... Jom! Tak jauh pun dari sini...
Di 1Borneo, keadaan belum sesak. Memang besar tempat shoping ni... Penat umi dan baba. Tiba-tiba, 3 beradik terlihat tempat yang selalu disebut-sebut tu. Apa lagi...serannnnnggg!
Tengahari, selepas makan nasi ayam sedap (sampai sekarang umi dok sebut-sebut) di CRS... kami kembali ke dewan. Majlis belum bermula... graduan dimake-up oleh cikgu masing-masing...
Sebelum penyampaian sijil, setiap tadika membuat persembahan. Tadika Cahayaku Kudat menyampaikan lagu 'Nasihat Lukman Al Hakim'... Tengok si Dhuha tu... nampak tak?...
Jam 4.30 petang, majlis pun selesai.Dalam perjalanan ke Kudat, hujan turun tak henti-henti. Jam 8.45 malam, kami tiba di Kudat. Semua orang kepenatan tapi gembira... Tahniah untuk Umayr dan Dhuha!
No comments:
Post a Comment