Seminggu lamanya. Ya, seminggu itu terkandung hari-hari mendebarkan buat umi kalian. Abang Khayr, Umayr, Dhuha dan Awfa kena ingat seminggu yang itu. Baba seminggu itu bertindak lebih daripada seorang suami kepada umi. Bukan sekadar gewe, malah motivator, kaunselor dan tutor! Tak sanggup lagi melihat umi kecewa dan bersedih lagi lewat pra-test seminggu nan lalu!
Menempuh seminggu itu, umi kelihatan mengawal emosi, menenang perasaan . Buat-buat releks walhal baba tahu umi tak keruan menanti detik-detik test ulangan! Baba, umi tak pandailah naik bukit! Aduh... Bukit setinggi 2 meter itu seakan mimpi maha ngeri buat umi. Baba, semalam umi mimpi gagal naik bukit... Takutlah!... Adulaa...kot sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi nih! Parah dah nih... padahal umi sudah lulus ujian memandu atas jalan... (dengan bantuan Pak Chad...hehehe) Tenangla umi weh, tinggal test bukit dan dua parking je lagi!! Pasti boleh punyelah!!
1 Julai 2008-Selasa : baba mengisi borang kebenaran meninggalkan tugas. Selesai memberi tugasan kepada pelajar, baba bergegas ke Akademi Memandu JSL sejauh 90km di Kota Marudu sana. Umi pula sedari awal jam 6.30 sudah bersama kawan-kawan seperjuangan menaiki 'Avanja Merah' adik cikgu Nor ke destinasi yang sama... Baba, umi mimpi lagi naik bukit lah semalam.... Takutttt... hehehe. Ish, umi nih... jangan risaulah, doa baba, abang Khayr, Umayr, Dhuha, Awfa, tokmi, tokbah dan semua akan tolak kereta umi melimpasi bukit tu! Tekan minyak kuat-kuat ya!
Akademi Memandu JSL: setibanya baba, pondok menunggu ujian sudah penuh dengan peserta. Ramai. Adalah dalam 60 orang begitu. Umi tersengeh-sengeh melihat baba dari jauh. Lega agaknya melihat baba datang sebagai pembakar semangat dan motivasi! Ni, seplastik gula-gula dan minuman yang umi kirim ni. Makanlah... minumlah supaya lebih releks!
Sambil menanti pegawai JPJ datang, baba melayan umi. Mengulang cara dan teknik merempuh ujian. Pijak line kuning betul-betul. Angkat handbreak. Tekan minyak kuat-kuat. Biar lebih nombor 3 pun takpe. Parking- tarik kiri, kanan, depan. Nak keluar undur belakang, kanan, kiri!! ingat tu... Baba, umi takutlah... Beranilah umi! umi boleh punya... pasti boleh! Boleh, boleh! Sabah boleh bah!!!
Kelakar juga melihat para peserta lain berborak sesama sendiri. Bertukar rasa, berkongsi gementar! Terkadang ada suara memberi keyakinan dan semangat! Hebat sungguh driving test ni... menjadi satu part terpenting dan terbesar dalam hidup pula! Menjadi satu perkara yang amat ditakuti sepanjang usia... Baba, nak masuk dewan bedah dulu pun umi tak rasa macam ni... Nak kena present 'masyruk takharruj' (tesis) dulupun tak seberat ini!!! umi meluah. Kah3, ketawa kami berdekah! Dua tiga peserta yang sedang kecut memandang...tersenyum.
Jam 9.10 am, sebuah pajero JPJ tiba membawa 3 orang pegawai yang bengis! antara mereka ada yang baba pernah jumpa! Peserta kelihatan semakin pucat lesi! Nah...habislah kitaa, jerit satu suara. Umi di sebelah menggosok-gosok telapak tangan. Sejuk. Umi boleh!!! naik kapal terbang setinggi awan, sejauh jordan pun umi boleh, takkan naik bukit yang setompok ini tak boleh? ha3...tak tahu dah baba nak bagi keyakinan macamana kat umi ni...
Para peserta diagihkan nombor. Umi 53. Harap-harap nombor ini bertuahlah! tak seperti 40 yang menggagalkan umi minggu lepas! umi mengharap... Sebelum test bermula, seorang tutor di akademi memberi taklimat. Sesekali dia membuat lawak sabah... mengendurkan ketegangan orang-orangnya! Nombor 1... seorang remaja ke hadapan dan memulakan acara. Semua mata tertumpu. Brom brommmm.... nah lepas dia! seorang kakak menempik! Nombor 2, 3, 4.... semua naik bukit dengan sukses! Ujian parking juga nampak mudah bagi mereka, walhal usia masih muda remaja... Nombor 40 dan seterusnya adalah kumpulan mereka yang mengulang dan kandas minggu lepas. Bila sahaja nombor dipanggil, masing-masing memberi semangat! Akak boleh! abang boleh, sanang ba itu! Boleh ba kalu kau!!... Ya! berkat masing-masing doakan orang lain, peserta ulangan melalui ujian dengan mudah! lepas!!
Nombor 53. Baaa...dia panggil umi! Umi baca doa umi... Terus keluar dari mulut umi yang baba takkan lupa sampai bila-bila "Allahumma inni a'uzubika minal khubsi wal khabaais..." EHHHH... nape lah umi ni baca doa masuk tandasss? KAH3!!!! Baba ketawa besar.... umi tersipu-sipu malu! Nampak sesangat umi di saat genting sekarang. Sampai doa pun boleh salah.... Kalau umayr dan Dhuha tahu, malu ni...he3. Ok umi, gud luck!! Umi melangkah yakin...
Abang Khayr, Umayr, Dhuha, Awfa, Tokmi, tokbah dan semua....UMI LULUS! UMI SUKSES! Akhirnya umi dapat P!!! baba lega dan syukur.... Dalam kereta pulang ke Kudat, umi manusia paling gembira hari tu. Tak habis-habis bercerita rasa. Di rumah umi terbongkang... mengqadak mimpi indah yang sering dihantui Ujian Memandu seminggu itu! Tahniah umi.





6 comments:
Tahniah! pahni bleh eksen la kat seme orang. hehe..
Tahniah...kena bwk kete yeahh..pakai auto lagi mudah..macam saya lesen dah betahun tapi tak bwk kete pung..sbb arwah kata dia akan bawa saya ke mana-mana sahaja...akhirnyaa aku jua sendirian drive kete ngan anak-anak..dia tak pernah sekalipun bersama ketika aku drive malah tak sempat melihat langsung..
Makasih ya pakcik penyubiru...hajat umi nak bawa tokmi 2 orang pergi shoping2 hujung tahun nanti , insya Allah...
Acik Chikin, masa belajar ingatkan umi ni jenis penakut, rupanya tak tapi jenis yang kelam kabut la pulak rupanya...
ada lesen tu boleh dah mai jalae sekali lagi ke miri
http://ceritaabi.blogspot.com
yang doa masuk tandas tuuu....heheheheee... kelako... Tahniah kat Umi... masih menanti waktu sesuai nak makan Nasi Kerabu dan Ayam panggang Umi....
ammu muzaha - teringin nak gi miri tapi bila terbayang eksiden dulu trauma la pulak...
ammurush - entah lah baba ni orang baca doa masuk tandas pun crite, nanti la nak balik belajarbuat nasi krabu ngan tokmi mace, kalau jadi kiteorang panggil ammurush datang, insya Allah.
Post a Comment