Tuesday, July 8, 2008

SEMANIS KARAZ......(3)

Bahagian Dua


Sepetang itu aku menghabiskan masa bersama Amir dan adik-adiknya. Makan karaz...mencicip inab... kebetulan Chikin juga datang, hari Khamis kebiasaannya muncullah dia... "Kin! Ambilkan pisau kat dapur, kita belah batthikh ni!" Separuh batthikh itu kami nikmati bersama-sama, merah bagai perawan isinya, manis bergula... Masya Allah!Azaabb! Gelak ketawa bersama Amir dan adik-adiknya... terubat duka seketika... semuanya dah comot-comot dek penangan karaz, batthikh dan tut! "Ada...Ipang... mesti umi marah nanti ni..., baju Ipang dah jadi warna purple dah, terkena buah Tut!" Ha..ha...Ipang comot!Ipang comot!!!

Teettt!Teeett! Bunyi loceng ditekan... Kakak! Buka pintu tengok siapa datang... "Assalamualaikum..." Kak Ah -umi Amir, Kakak , Ada dan Ipang terjengul di muka pintu...
"Laa... kakak dok ssini... bakpo ngaca(mengacau) acik nyo..." "Jemput masuk Kak Ah... tak ada apanya... kami makan buah ramai-ramai ni..." "Umi... acik belanja syawarma arabi...."
" Suka sungguh la budok-budok ni mari ssini... terima kasih banyok la deh... ni Kak Ah bawa kuzi ayam... suka dok?" "Emmm! Sedapnya... apa tak sukanya... kuzi Kak Ah lah yang paling sedap....!!! Syukran..." Sepeninggalan Kak Ah dan anak-anaknya aku dan Chikin mengemas solah kami yang bersepah-sepah dengan sisa-sisa buah-buah tadi.

"Kak..." Chikin bersuara. "Saya dari tenet tadi ni..." "Rajin betul Kin ke sana ye... IRC lah tu..." "Hi...hi... tak adalah kak... menyampah lah dengan 'Mek Kah' tu..." "Kenapanya?" " Suka menyibuk la..." " Senang je Kin, jangan dilayan budak tu...." " Kak... ada lagi ni..." " Emmm...apanya... lain macam saja ni..." " Akak kenal Apis kan?" Aku tengok Chikin berubah wajahnya... berona merah... semerah batthikh yang kami belah tadi. "Eh! Cuba terus terang Kin... jangan-jangan...???" "Akak!!!! " Chikin menjerit halus... malu-malu... " Serius lah tu ye? "Dia dah beritahu mak abah dia pun... " " Hemmm bagus lah tu Kin, tak sangka ye... adik akak ni dah besar!" "Kin, cuba rasa karaz ni... apa rasanya? "Manislah kak... jadi awak pun sekarang ni.. tentu lah berperasaan manis... macam? KARAZ!" Ha....ha... kami tergelak sama-sama.
*** *** *** ***
Jumaat.Ini Jumaat yang keempat tanpa Hamidah. Sejuk.Sunyi.Terasing.Tiba-tiba semuanya bercampur aduk dalam keheningan solat , tahajjud dan zikir. Inilah satu-satunya kekuatan yang aku masih ada. Jika tidak berpegang pada yang Satu ini, sudah lama barangkali aku tersasar dan penasaran! Nauuzubillahi min Zaalik! Kerinduan tumpah lagi pada dingin sejadah saat dahi menyentuhnya. Kerinduan yang amat besar ertinya, kerinduan yang tak mampu terungkap dengan kata-kata.
Kerinduan yang hanya termampu aku sandarkan pada sebuah kekuatan yang bernama Sabar! Sabar...sabar... senjata para mu'minin.... Ya Allah! Jadikanlah aku hambaMu yang sabar dengan segala uji dan dugaMu Ya Allah... letakkanlah aku di dalam golongan hamba-hamba-Mu yang sabar Ya Allah...

Sebaik aku mengkhatamkan surah al-Kahfi, azan pertama subuh berkumandang. Telekung yang basah sekali lagi menyapu sisa-sisa munajat di mata. Di katil Chikin masih nyenyak dibuai mimpi. Semalam beria-ia benar berjanji mahu qiamullail bersama-sama. Masih sempat lagi ni... Kin, bangun Kin... dah nak subuh ni...

(bersambung...)

2 comments:

sikinisma said...

hai kak..nampaknya semanis karaz ni mengimbau kenangan lalu..adoi betul sungguh jalan ceritanyaa..
kan bumi al Bayt tu seperti kata pepatah " tempat jatuh lagi dikenang ..ni kan pula tempat bertemu mata..dari mata turun ke hati.."

" kenangan tersimpan kukuh diingatan.."

KHAYR said...

kin, fiksyen ni... tak de berkaitannya dengan kitekite ni... kih...kih... banyak fakta reka2 tu... rasa-rasalah...