Saturday, July 5, 2008

SEMANIS KARAZ......(2)

(sambungan bahagian 1)

Berjalan kaki ke souq Mafraq adalah satu kebiasaan bagi aku. Pasti ada sahaja pengalaman dan ibrah yang dapat dikutip sepanjang menyusuri lorong-lorong di pekan Mafraq ini. Pekan kecil, berdebu di musim soifi.Suhunya adakala menjangkau 40 darjah celcius. Anginnya keras, mencabar gagah, jadi tidak hairan jika di musim soifi aku memilih memakai long coat dan kasut mcdonald! Motifnya susuk tubuh tidak terdedah dan kaki
pula selamat dari dikekah debu dan angin kering! Biar tidak cantik atau hilang lembut longlai seorang akhawat?(kononnya) yang pasti aku juga harus keras sebagaimana kerasnya soifi ini...

Dulu aku juga berasa jelek dengan pasar dan manusia-manusianya di sini... hamis, berambut keras, berwajah kering, berpakaian selekeh... namun lama kelamaan aku insaf... mereka ini umat yang payah... bertarung dengan alam untuk mendapatkan sebuah nikmat yang bernama AIR! Bukan seperti kita yang tanah tumpah darah dibumi hutan hujan khatulistiwa...

Lama kelamaan cinta dan sayang pula yang bertunas pada nilai-nilai manusiawi, kasih sayang dan hormat mereka... justeru aku suka berkunjung ke pasar badwi yang becak, sesak dan berbau ini...(inilah kerinduan yang menjadi dendam kesumat beraja di hati hingga saat ini...)
Soifi manis... dengan titipan alam yang menjadi kegilaanku dan sesiapa yang tahu menghargai kesuburan ardhul anbiyaa' ini... ahhhh!!! Inab halawani... karaz (al-mansi???)... batthikh... duragh, mish-mish... patutlah dulu-dulu aku mendengar bumi yang aku pijak ini adalah syurga buah-buahan...

"kam bissunduq hai karaz ya ammu?" Membeli karaz tak cukup sekilo atau dua kilo... baik beli satu kotak... masih berbaloi kalau harganya JD 2 atau JD 3. Sudah terbayang karaz yang merah kehitaman ini aku mahu kongsi bersama siapa... dari karaz beralih ke inab pula... yang hijau rangup manis bersari tanpa biji baru JD1/2 atau 600 qirsh perkilo... lenguh sudah tangan menjinjing... mahu dikelek batthikh lagi yang sebesar perut ibu mengandung 9 bulan... Tuhan... berhabisan betul aku hari ini... jika dibandingkan malamnya aku seperti timun jeruk berendam airmata, siangnya aku gila-gila membeli buah di pasar... memujuk hati merawat rawan...

Terasa lenganku di tarik dari belakang... sepasang mata bundar menatap wajahku... biddik arabaya? Ooooh budak arabaya rupanya... tahu-tahu saja aku ni dah tak cukup tangan menjinjing barang... sebelum ini aku tak pernah menggunakan khidmat arabaya ini... biasanya kalau ke souq bersama Hamidah atau Kak Shela atau Line atau adik-adik akhawat, beramai-ramai... tetapi kali ini aku berseorangan. Sengaja. Hmmm...maasyi...aku menganguk bersetuju... melayang lagi JD aku ni... tak apalah niat sedekah sahaja.... Bagus juga... ada khidmat tolong bawa barang macam ni... aku berjalan di belakang membontoti arabaya yang disorong oleh budak arabaya tadi ke Subermarket Nassim. Dari sana aku boleh mendapatkan teksi untuk pulang ke Hayyu Dhubat.


*** *** *** ***

Menjelang zohor aku sampai ke mujamma' Abu Kamal. Waktu-waktu begini trafik agak sibuk dengan hamba-hamba Allah yang mahu berjemaah di masjid Abu Thoha. Agar tidak terserempak dengan mereka ini aku harus cepat-cepat memunggah barang keluar dari teksi. Mataku melilau sekitar mujamma' kalau-kalau ternampak kelibat si Saied. Tiada. Saat mampir ke pejabat mujamma' ada Abu Kamal di dalamnya. Fi Saied ya abu Kamal? Inndii aghradh kathiir... aku bertanya abu Kamal kalau-kalau ada Si Saied supaya dapat membantuku membawa barang ke atas. Seperti biasa... Saied!!!Ya Saied!!!!!!!! Bergema satu mujamma' dan serentak si Saied terkocoh-kocoh datang.

Si Saied tersengihsengih melihat barang-barang yang banyak. Lish kathiir? Fi waliimah...???. Alahai rajinnya si Masri ni bertanya.... aku ini sudah tersemput-semput mahu sampai ke tingkat tiga.Sudah tidak punya upaya lagi untuk menjawab soalan-soalannya.

Penat. Membeli belah di souq Mafraq. Baru saja aku membuka telekung tiba-tiba terdengar loceng ditekan orang. Siapa ye? Tak sabar menunggu agaknya pintu pula diketuk. Terdengar suara-suara yang cukup dikenali... Assalamualaikum acik!!! Sebaik pintu di buka berderet di depan pintu Amir, Kakak, Ada dan Ipang... Tersenyum mereka melihat aku.... kali ini semuanya kelihatan berbaju kemas, bersikat rapi dan berbedak putih....

**** **** **** ****
(bersambung...)

4 comments:

sikinisma said...

salam...
terasa rindu kat Mafraq bila baca kisah cinta ini...semanis karaz ..al mansi??..hehhe

apa kesudahannyaaa...

KHAYR said...

Salam Kin, panjang lagi ni... he he he... ingat lagi ya ayyuhal karaz al mansi?

sikinisma said...

Yer..karaz al mansi - tempat jatuh lagi dikenang ..inikan pula tempat ?? adoi tak ingat plak peribahasa ni..tetap setia menanti cerita Semanis karaz!

KHAYR said...

sabar ye kin, tengah dok pikiaq ni apa akan jadi seterusnya...