Hari ini umi mengajar 4 masa dengan membawa topik Sejarah Tingkatan 2.Tajuknya SBUB di Sabah. Dua masa di kelas AB berlalu dengan seronok... kerana pelajarnya cergas cerdas... walaupun bila umi tanya apa makanan tradisional kamu yang dibuat dari sagu... ramai yang geleng kepala dan ada yang nakal menjawab: kami makan burger saja! Walaupun tinggal di Sabah anak - anak ini tidak begitu arif tentang tanahair sendiri... malah ternganga-nganga bila diberitahu tentang sejarah Kudat ini.... hmmmm.... tak tahu lah apa nak kata...
Selepas 2AB umi ke kelas 2DB pula.... ini kelas ranking yang paling corot.... mula mula masuk umi dah rasa geram ... dah lama memendam akhirnya hari ini umi tegur secara terus terang... ada seorang pelajar perempuan umi perhatikan dari dulu lagi dia memang berat punggungnya untuk bangun menghormati guru dan memberikan ucapan aluan kepada guru... muka pula selalu ditarik masam saja.... terasa lah juga... umi sebut namanya dan umi cakap tak guna kita jadi orang yang punya kedudukan kalau tak tahu adab sopan dan budi bahasa! ( sebenarnya umi nak cakap macam ni... tak guna muka cantik tapi tak tahu beradap sopan ataupun tak reti bahasa!) Berkumat kamit mulutnya... tak tahu la dia cakap apa... dan umi tambah lagi... kalau tak suka kelas saya lebih baik keluar saja...( cakap secara umum la....) Lagipun kamu semua ni bukan budak kecil dah 14 belas tahun... tahu baik buruk... mana salah mana betul.... Alahai cantiknya set induksi umi ni dah jadi sesi ceramah lah pulak...
Di kelas 2DB ni terpaksa tukar teknik mengajar... hari ini lebih kepada memperkenalkan tajuk dan mengkaji peta. Ada satu ketika umi bertanya.... Ok! sekarang beritahu cikgu Kudat berada di mana.... Apa jawapan mereka? Macam-macam.... sehingga ada yang menjawab Kudat berada di Tawau!!!! Adoi! Nak gelak ada... nak marah pun ada.... tetapi wajah mereka tetap selamba... kekadang umi terfikir agaknya budak-budak ni memang betul tak tahu dan tak faham apa yang mereka belajar dan lalui sehari hari kecuali..... MAKAN!
Beberapa minit sebelum rehat umi tamatkan sesi pnp hari ini. Selepas ke bilik guru , umi ke kantin... beli apollo untuk Abang Khayr, Umayr dan Dhuha... sudah ada beberapa orang pelajar lelaki 2DB di sana... bila nampak umi mereka menyorok di belakang kantin... rasa curiga, umi menghampiri mereka... kamu buat apa di sini ramai ramai ni? Mahu PJ cikgu... nanti mahu main bola tampar di sini... PJ apa waktu rehat ni? Baik kamu ke tempat lain risau cikgu menengok kamu ni.... ( apa taknya baru je sebelum cuti hari tu berlaku insiden balun membalun di kelas ni...)
Tak puas hati dengan budak-budak ni, umi duduk di bilik makan guru... nak tahu apa mereka mahu buat... tak berapa lama kemudian salah seorang dari mereka menhampiri kaunter dan membeli sepotong aiskrim... selang beberapa ketika mereka berjalan beramai-ramai keluar dari kantin dan umi lihat sepotong aiskrim tadi sudah dibahagikan kepada beberapa bahagian dan mereka menikmatinya dengan penuh keseronokan....
__________________________________
Umi rasa bersalah kerana salah sangka pada budakbudak ini... sebenarnya mereka segan bila nampak umi, tapi mereka tak tahu umi ada di situ... malah bila mereka sedar umi memerhatikan mereka, cepat-cepat mereka berlari naik ke kelas....
Abang Khayr... apalah sangat harga sepotong aiskrim... paling mahal pun cuma 20 sen. Abang Khayr ke sekolah bawa 1.50, kadang-kadang umi tambah jadi 2.00. Sekolah agama bawa lagi 1.00. Kesian anak-anak murid umi ni abang Khayr... mereka hanya mengharapkan kenyang dengan makanan di asrama... malangnya tak ramai yang tahu... kesusahan mencari seringgit dua ayah dan ibu mereka ini... sedangkan pemerintah kita hari ini sibuk dan kalut berfikir setiap saat untuk mencari sebanyak banyak bilion untuk kantung mereka...
Abang Khayr, Umayr, Dhuha, Awfa... marilah kita bersyukur dengan apa yang kita ada... sedikit mahupun banyak... jangan juga kita lupa pada orang-orang yang susah, fakir miskin dan anak yatim... marilah kita semua jadi hamba yang redha... moga-moga Allah sentiasa merahmati dan membimbing kita...amin.





2 comments:
student perempuan kat sana tak ramai yg bertudung ya?
Salam ammurush... takde lah depa ni semua non, tu tak pakai tudung tu... kebiasaannya kalau muslim semua pakai tudung, kalau kat school abang Khayr cikgu suruh pelajar lelaki muslim pakai songkok biar senang nak cam, muslim ka non...
Post a Comment