Thursday, June 5, 2008

Jom ke Simpang Mengayau . . .

CERITA LENSA DI SIMPANG MENGAYAU
Abang Khayr! Tengok kat sana tu... ada pantai cantik... nanti kita ajak Baba mandi kat sana yeh..
Meninjau panorama di Simpang Mengayau... tetapi kamera kami ni kokak wok... tak dapat nat shot yang canggih-canggih...
Entah macamana tiba-tiba sahaja baba dan umi timbulkan idea untuk ke Simpang Mengayau petang ni... Kami dah seronok kerana dah lama sangat tak ke sana... Sejak Awfa belum keluar lagi... Kali terakhir kami ke sana dengan sahabat baba dan umi dari KK. Carlson awal-awal dah minta izin mummy dan daddynya untuk join sama. Rupanya untuk ke sana sudah ada jalan pintas yang tidak lagi perlu ber'grabel'... Acik Azlan yang bagitahu baba. Lepas isi minyak (sehari sebelum harga naik) kami pun bertolak...
Setelah berposing dan makan jajan sambil melihat pemandangan cantik, kami pun pulang. Ingatkan nak tengok matahari terbenam, tapi baba cakap tak bagus sebab waktu maghrib tak sesuai untuk Awfa dan kanak-kanak... Babai The Tip of Borneo... Mengayau bah!
Makan Jajan di Simpang Mengayau....
Tengok ni ... bersungguh bebenor menikmati jajan... dah lama dah tak makan jajan katakan....

No comments: