Sunday, June 8, 2008

The Scary Night...he..he..he...

Semalam adalah kemuncak buat segala aktiviti cuti sekolah kali ini. Tidur di dalam khemah!!! Sudah beberapa malam abang Khayr merayu-rayu minta izin dengan baba untuk bermalam di dalam khemah tetapi baba tak kasi. Bukan sahaja abang Khayr yang kecewa tetapi Ben dan Carlson pun frust sama kerana hajat tak kesampaian.

Tetapi semalam tepat jam 10 malam, setelah puas bersengkang mata melawan mengantuk akhirnya abang Khayr dibenarkan keluar dan memunggah segala torto, bantal dan selimut ke dalam khemah. ( bermalam dalam khemah di halaman saja...) Begitu juga Ben dan Carlson.

Umi heran bila baba dengan 'rileknya' menutup lampu dan berlenggang masuk ke bilik. Sampai pukul berapa abang Khayr ni baba ? Biarlah dia nak rasa tidur kat luar dalam khemah.... Isshhh! Tak boleh jadi ni.... sambil-sambil menidurkan awfa umi stay up di ruang tamu... tak percayalah boleh biarkan depa ni tidur kat luar tu sampai pagi....

Jam 12.00 umi bukak tv tengok cerita 'Mek Salmah dari Scotland' lawak gak cerita ni... langsir pintu sliding memang sengaja diselak luas sikit, biar senang nak monitor depa ni.... hampir-hampir nak terlelap dah umi tengok abang Khayr di luar khemah.... Ha! Kenapa abang Khayr? Rasa pelik lah tidur kat luar ni umi.... ha! Dah kejutkan Carlson dan Ben.... nak ribut ni, dalam berita tadi ada cakap.... Umi kejutkan baba... hmmm.... kalah jugak abang Khayr ni... bertegas sangat nak tidur di luar....

Akhirnya baba bangun bukak grill dan punggah balik segala toto, selimut, bantal ke dalam rumah. Waktu itu sudah 1.00 pagi.... nampak gayanya bermalam lah Ben dan Carlson di ruang tamu kami malam ni.... Gambar??? Malas nak snap.... imaginasikan saja lah ye...

Pagi tadi.... umi tanya abang Khayr macamana tidur dalam khemah semalam? OK... ??? Masa tengah malam tu pelik lah umi... kenapa? Ada bunyi jeritan...heeeeeeee heeeeee...... Bila ditanyakan balik pada Si Ben.... memang betul.... mereka mendengar jeritan yang agak keras dari arah hutan depan rumah tu.... heeee heeeeeeee heeeeeeeee heeeeeeeee......

No comments: