Hari ini 18 Ramadhan.... ini Ramadhan pertama kami di Shah Alam. Suasana yang berbeza... pasti cara menyambut Ramadhan kali ini juga berbeza... Tahun ini Abang Khayr bagus puasanya... Umayr setakat ini OK bertahan walau kadang2 tak lalu bersahur. Tapi hari ini Umayr skip puasa sebab pagi tadi Umayr tak bangun bersahur! Dhuha maintain tak puasa dan Awfa pula semakin nak habis Ramadhan ni semakin semangat lah pulak badannya.
Mungkin ini Ramadhan yang amat manis buat umi dan baba malah kita semua kerana kita banyak menghabiskan masa di Masjid Negeri. Berbuka, berterawih kita tak kira hari cuti atau sekolah pastinya Masjid Negeri destinasi kita kalau baba tak ada jemputan berbuka di luar...
Lapan tahun di Kudat Umi tak pernah merasa berterawih di masjid. Biasanya di surau asrama SMK Kudat ataupun Semekar. Kali ini umi boleh berterawih di Masjid negeri... seronoknya... Terima kasih kepada pengurusan Masjid SSAAS kerana menyediakan pusat jagaan kanak2 , so umi boleh tinggalkan awfa dan dhuha, abang Khayr n Umayr pun join sekali. Apa taknya bilik seminar dah jadi mini pawagam siap dengan upin ipin, raihan rangers, cicak man pun ada!
Kalau tak pun umi boleh bawa awfa dan dhuha ke bahagian solat wanita- ramai kanak2 dan baby, tapi tak ler bising, baik2 saja. Ada yang bawa buku, mainan... bagus kan?
Sepatutnya kami ni balik kampung awal Ramadhan waktu cuti sekolah.... tetapi bila difikirkan kos dan nanti raya nak balik lagi tak jadi lah pulak... bestnya tengok juadah berbuka kat mache- hangpa ni puasa ke makan? Macam2... jealous I! Jadi plan nak makan makanan kesukaan seperti cendol dan buah kabung n nekbat memang lah tak tercapai, apatah lagi plan nak shoping2 baju raya di Kota Bharu.
Juadah berbuka di Shah Alam agak berbeza dengan Kudat . Di Kudat Umi rajin cipta macam2 resepi juadah berbuka. Sebab kalau tak masak tak de lah makanan. Manalah ada bazar Ramadhan best kecuali gerai Kak Fadhilah n Kak Long. Kat sini Umi kalau sempat masak, biasa2 je lah... kalau tak masak beli di bazar Ramadhan... macam2 bazar ada. Tapi biasanya umi beli ayam golek, onde2, pengat pisang, roti john, murtabak dan air jus. Ais minum jarang2, biasanya beli air tropicana atau air soya yeos, sebab air yang dijual tu macam 2 perisa dan warna! Bahaya!
Berbuka di masjid negeri. Ramai2 dengan orang lain... lepas tu terus solat maghrib, terawih dan biasanya jam 10.00 baru balik...
Begitulah rutin Ramadhan kami kali ini.... doa dan harapan biarlah lebih baik dari segi kualiti ibadah KITA semua kali ini... Ramadhan masih berbaki... masih belum terlambat untuk merebut segala peluang yang Allah sediakan di dalam nya....
Tuesday, September 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






1 comment:
best jugak ya pengalaman itu..dan menguntungkan juga berbuka kat masjid.
Post a Comment