Sunday, September 27, 2009

Syawal Kali Ini...

ini gambar aidilfitri kalau tak silap pada awal 90 an... semua kecik2 lagi..

20/09/09
01 Syawal 1430 H

Pagi Syawal disambut di Machang. Tahun ini adik beradik umi 12 orang + menantu 3 + cucu 5 berkumpul di rumah tokbah n tokmi.Umi tak dapat solat eid. Ketika semua orang pergi solat yang tinggal hanya umi & Awfa. Semalam kepenatan baru sampai. Tertidur sampai pagi. Jadi turn umi pagi ini kena masak nasi maqlubah! Siap dengan syurbah sya'riyyeh lagi...

Selepas zohor berangkat ke PC. Beraya di PC pula.Pak Su Jai, Alang, Abang Fais, Uncle Mas, Chi , Chu dan keluarga Pak Teh dah lama sampai.

21/09/09
02 Syawal 1430 H

Tokmi dan Paksu Jai sibuk dengan persiapan kahwin paksu jai besok. Tan tan tak nampak bayang lagi. Tok Mi dah mula bising2... ye la kerja kahwin tanpa tan tan memang tak meriah...
Tgh. Makteh datang masak laksa penang dan kari ayam. Tok Mi dan Tokbah pun singgah on the way ke Pulau Gajah.

Kami sekeluarga pun turun PG juga. Hanya sempat beraya di rumah Mok Som. Kesian Mok Som hampir kena strok sebab buat kerja kenduri teruk sangat.

Malam: Acara tahunan berkumpul di Bendang Ketong. Majlis anak cucu. Pasukan bola sepak dapat 2 team, karaoke lagu raya dan main bunga api. Abang Khayr banyak juga menang jajan.Penjaring kanak2 terbanyak dan menang karaoke lagu raya. Awfa pula buat lawak depan orang ramai menari spontan tarian sabah bah!

Jam 11 kami tak balik PC takut sesak sangat di PC sebabnya tantan dan baba min baru sampai. So kami stay di Bendang Ketong.

22/09/09
03 Syawal 1430 H

Hari ini hari akad nikah Paksu Jai. Sebelum zohor berkonvoi ke Masjid Ibrahimi Pasir Puteh untuk akad nikah. Al Hamdulillah selesai akad nikah... mudah, ringkas dan cepat. Makan tengahari di Kok Jering pula. Kami tak balik PC tapi terus balik Machang. Malam baru plg PC, hantaran paksu jai tak siap lagi.

23/09/09
04 Syawal 1430 H

Pagi ni agak kelam kabut. Ada hantaran yang masih belum beres. Namun selepas ditouch-up Tan tan, kain meter tu menjadi buah-buah sahara siap dengan kelopaknya lagi.

Tok bah PC datang menghimpunkan anak-anak dan cucu. Pertemuan sebentar diisi pesanan dan air mata. Kenangan lampau dan kesusahan membesarkan anak-anak membuatkan Uncle Mas, Alang dan Paksu Jai sebak. Cucu-cucu bersenonong terkebil-kebil menyaksikan drama sedih dua generasi. Lepas zohor, peserta rombongan dah ramai. Paksu Jai belum siap lagi... Sempat ke belakang rumah menggali longkang tersumbat. Hebat pengantin baru!

Bertolak ke Pasir Puteh. Kenduri pihak perempuan. Ringkas tapi lauk pauknya sedap menyelerakan! Kami pulang ke Machang.

24/09/09
5 Syawal 1430 H

Kami kembali ke PC. Tanpa anak-anak. Malam ni ada agenda penting bagi keluarga di PC. Lepas isyak, semua berhimpun termasuk ahli keluarga baru-Maksu Lin. Semua ada kecuali Baba Min dan Mama Nai yang telah berangkat pulang ke Shah Alam pagi tadi. Tok Mi, Uncle Mas, Alang, Pak Njang, Pak Teh, Pak Tam, Tan-tan dan Paksu Jai. Termasuk menantu-menantu dan cucu-cucu, memberi sokongan padu!
Yayasan Hajah Halimah! Penerangan tentang penubuhan dibuat oleh Alang dan Baba. Insya Allah, ia bakal menjadi wadah penyatu dan menjaga kebajikan ahlinya...

25/09/09
06 Syawal 1430 H

Seharian kereta baba di bengkel. Tukar clutch... dan bajet pun terbang...

26/09/09
07 Syawal 1430 H

5:00 pagi kami bertolak pulang ke Shah Alam dari Machang. Al-Hamdulillah perjalanan lancar dan terlepas dari kesesakan arus pulang.Solat subuh di stesen minyak Shell di Gua Musang.

7.30 berhenti tidur sekejap di Merapoh , kami sambung balik perjalanan hingga ke Raub.

Di Masjid Tengku Abu Bakar yang selesa dan menyenangkan kami berhenti membersihkan diri dan makan bekalan nasi lemak ayam goreng Tokmi.Perjalanan disambung. Anak2 sepanjang jalan asyik tidur saja... bagus juga. Kasehkami inform lebuhraya karak sesak teruk. Mungkin semalam... kerana sewaktu kami lalu lebih kurang jam 11.30 jln clear dan tak sesak. Di tol pun ok juga...

12.30 tiba di UIA. Transit, solat dan cari beg galas baba yang tertinggal semasa singgah minggu lepas. Isi ada, begnya takde.... Hmmm.... apalah maknanya tu... plg pnting ada slip gaji baba dan surat pergerakan gaji tahunan... slps makan tengahari kami terus pulang ke Shah Alam.

3.30 ptg. Alhamdulillah , sampai di rumah. Syukur Ya Allah- perjalanan pertama kami Engkau permudahkan... Al-Hamdulillah...

No comments: